(VIDEO) Rakaman CCTV Ayah Terseret 50 Meter Cuba Selamat Anak Daripada Dilarikan

Posted on

DEMI ANAK, BAPA TERSERET 50 METER

KOTA BHARU – SEORANG bapa terseret kira-kira 50 meter ketika mahu menyelamatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun apabila motosikalnya cuba dilarikan penje nayah, malam semalam.

Kejadian berlaku di hadapan kedai runcit di Cherang, Kota Bharu pada 10.10 malam, menyebabkan Suhaimi Mohd Noor, 39, cedera di belakang badan dan kaki.

Anaknya, Mohd Asyraf, 2, pula luka di muka dan kaki kanan selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha 135LC itu.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai runcit berkenaan, sebelum ia tular di Facebook sejak pagi, hari ini.

Suhaimi ketika ditemui berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak tunggalnya singgah ke kedai runcit berkenaan untuk membeli roti sebelum pulang ke rumah.

Detik-detik motosikal yang cuba dirampas oleh penjen4yahh

“Kami dari Wakaf Che Yeh dan saya meninggalkan anak di raga hadapan motosikal tanpa mematikan enjin untuk membeli roti.

“Secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Wave warna merah ditunggang dua lelaki menghampiri dan pembonceng motosikal itu turun daripada motosikalnya dan cuba melarikan motosikal bersama anak sekali.

“Kejadian berlaku pantas dan tanpa berfikir panjang saya mengejarnya dan berjaya berpaut di bahagian belakang motosikal, namun terseret kira-kira 50 meter sebelum motosikal itu jatuh terbabas,” katanya ditemui di rumahnya di Cherang, hari ini.

Dia yang bekerja sendiri berkata, selepas jatuh, lelaki itu dan rakannya yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal bergelut dengannya untuk melarikan motosikal miliknya.

PENDUDUK KAMPUNG CUBA MENGEJAR PENJE NAYAH

Namun katanya, penduduk kampung yang berada di kedai runcit membantu dan cuba menangkap dua lelaki berkenaan.

“Malangnya mereka sempat melarikan diri. Alhamdulillah motosikal saya selamat, anak juga stabil walaupun trauma dan menangis ketika dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Keadaan Asyraf yang dibawa ke hospital

Suhaimi berkata, dia dan anaknya menerima rawatan di hospital swasta di Kota Bharu sebelum membuat laporan ditemani isterinya, Nurul Huda Mahmood, 32 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan usaha memburu dua suspek giat dilakukan.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan kenderaan dengan enjin masih hidup meskipun hanya sebentar bagi mengelak kejadian serupa berulang.

(VIDEO) CCTV SEMPAT MERAKAM KEJADIAN PENJENYAH CUBA MELARIKAN ASYRAF DAN MOTOSIKAL

Moga selepas ini, ibu bapa lebih peka dan berhati-hati .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.