“Eh, selamat ke kalau bayi baru lahir terus disuntik? Apa kandungan dalam vaksin bayi ni? Ada benda haram ke? Kenapa makin ramai ibu bapa menolak vaksin akhir-akhir ni ya?”
POLEMIK ANTIVAKSIN
Isu antivaksin telah wujud sejak kebelakangan ini dengan dakwaan bahawa ianya mengandungi bahan merosakkan otak, menyebabkan autisme, dan beberapa kesan sampingan lain. Bukan itu saja, malah ada golongan yang mengaitkan vaksin dengan konspirasi Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
Isu ini semakin menjadi polemik apabila wujud gerakan anti-vaksin dan menyebarkan propaganda kepada para ibubapa kononnya vaksin ini bahaya. Bahkan ada dakwaan yang menyamakan bayi yang disuntik vaksin sama seperti ayam yang disuntik.
ADA IBU BAPA YANG TERPENGARUH
Malangnya ada segelintir ibu bapa yang terpengaruh dengan gerakan antivaksin ini kerana mereka tidak faham bahawa sebenarnya vaksin yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan vaksin-vaksin yang digunakan juga terbukti keberkesanan melalui ujian dan kajian saintifik yang agak menyeluruh.
ANTARA ALASAN BANTAHAN IBUBAPA TERHADAP VAKSIN
Antara sebab ibubapa membuat keputusan untuk tidak menyuntik vaksin ke atas anak-anak adalah kerana terpengaruh dengan propaganda yang mengatakan bahawa kandungan vaksin adalah daripada babi.
Selain mempersoalkan terdapat DNA babi dalam vaksin, mereka juga takut ia mengandungi bahan kimia terlarang seperti merkuri.
Dan lagi mengejutkan kerana ada juga yang percaya kononnya suntikan vaksin ini boleh menyebabkan penyakit Autism
Sebagai contoh, Ada satu gerakan anti-vaksin yang terkenal di US, yang mengatakan vaksin penyebab autism. Kononnya, seorang lelaki bernama Andrew Wakefield telah membuat satu kajian yang membuktikan hal ini. Tapi rupa-rupanya kajian itu palsu – disahkan oleh Sunday Times dan kajian itu telah pun ditarik balik. Nasi sudah menjadi bubur, menyebabkan kadar suntikan vaksin merudum jatuh 🙁
APA TUJUAN SEBENAR VAKSIN?
Tujuan utama suntikan vaksin atau imunisasi kepada kanak-kanak adalah langkah preventive atau pencegahan untuk beberapa peny4kit.Vaksin ini adalah penting untuk kita mencegah penyakit-penyakit seperti difteria, seperti ; measles (campak), mums (beguk) dan rubela.
Justeru itu, segala keraguan tentang vaksin bayi harus diperjelaskan, berlandaskan badan yang berwibawa dan berdaftar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
KES KEM4TIAN KANAK-KANAK TAK DISUNTIK VAKSIN
Kes terbaru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki menjadi perhatian baru-baru ini yang disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu. Kes ini diambil perhatian yang berat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Timbalan Menterinya, HANNAH YEOH berkata kementerian memandang serius isu kanak-kanak yang tidak berikan vaksin hingga boleh mendatangkan kemudaratan.
“Akta Kanak-kanak punyai fasal kecuaian, vaksinasi sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak.
“Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga,” katanya kepada wartawan.
Katanya merujuk kepada kes kem4tian seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini di Johor Bahru
Kanak-kanak berusia dua tahun satu bulan itu dilaporkan tidak pernah memerika suntikan imunisasi.
ADAKAH TEPAT DAKWAAN VAKSIN HARAM DAN BERBAHAAYA?
Di Indonesia juga berlaku masalah yang sama. Ini ekoran persoalan halal-haram melibatkan vaksin Measless Rubella (MR). Bahkan sampai saat ini Majelis Ulama Indonesia (MUI) tidak mengeluarkan sijil halal kepada vaksin.
(VIDEO)APA HUKUM VAKSIN? KALAU BETUL ADA DNA BABI? INI JAWAPAN USTAZ ABDUL SOMAD
RESPONS DAN AMARAN KERAJAAN, NGO TERHADAP ANTIVAKSIN
Terdapat peruntukan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan anak-anak mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Manakala Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia sudah menyebabkan kem4tian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani.