Nyaw@ Dir@gut Bilah Pemotong Jerami Traktor. Majikan Dedah Mungkin Ini Yang Berlaku Kepada Mngsa Sewaktu Kejadian

Posted on

Hari pertama bekerja sebagai pemandu traktor bertukar tragedi bagi seorang lelaki apabila dia maaut akibat terkena bilah pemotong jerami jentera itu di kawasan sawah padi Kampung Sinaran Jaya, Kepala 20, Manggol Bongor, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mngsa, Alif Riezman Azhar, 21, meniinggal dunia di tempat kejadian akibat par4h.

Majikan mngsa, Azli Che Ahmad, 40, berkata, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila ternampak traktor yang dipandu arrwah berhenti di tengah sawah dan menyangka ia rosak sebelum menghubungi arrwah berkali-kali, tetapi tidak dijawab.

Ternampak tubuh arrwah dipenuhi jerami

“ Beberapa minit kemudian saya ternampak tubuh arrwah kira-kira 12 meter dari traktor berkenaan yang dipenuhi jerami dan ketika itu dia sudah tidak bergerak,” katanya.

Menurut Azli, arrwah baru semalam mula bekerja dengannya mengambil upah membersihkan kawasan sawah padi di kawasan itu selepas padi habis dituai.

Katanya, sebelum itu dia bertanya pada seorang lagi pemandu traktor kenapa jentera yang dipandu mngsa berhenti di tengah sawah dan mengesyaki ia rosak.

“ Mulanya saya menyangka arrwah pulang ke rumah atau pergi membeli makanan namun tidak sedap hati sebelum pergi melihat lebih dekat.

“ Saya menemuinya dalam keadaan telentang namun tidak berani menyentuhnya kerana bimbang melihat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.

Azli berkata, arrwah mungkin meniinggal dunia kira-kira 30 minit sebelum dia menemuinya jam 12 tengah hari.

Arrwah pernah beberapa kali diserang sawan

Katanya, arrwah sebelum ini pernah beberapa kali diserang sawan dan tidak menolak kemungkinan penyakit itu menyerang lagi.

“ Arrwah seorang yang rajin bekerja dan dia bekerja tidak menentu dengan majikan yang berlainan mengikut kerja yang ditawarkan dengan upah sekitar RM100 hingga RM150 sehari.

“ Bagaimanapun, tadi dia tidak sempat menghabiskan satu petak sawah sebelum kejadian berlaku,” katanya.

Azli berkata, mngsa yang kemaatian ibu bapa tinggal di Kampung Kamunting, dekat sini, dan kerap bermalam di rumah rakan bergantung pada lokasi tempat kerjanya.

Katanya, dia kemudian menghubungi Balai Polis Kodiang untuk memaklumkan perkara itu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

“ Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana kali terakhir saya bertemunya malam tadi (kelmarin) dan kami sempat berbincang soal kerja dan dia kelihatan seperti biasa saja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, anggota Balai Polis Kodiang menerima maklumat jam 12.30 tengah hari dari orang awam yang memaklumkan mngsa terjatuh dari traktor dan meniinggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, ma yat mngsa ditemui majikannya dalam keadaan telentang pada jarak 12 meter dari traktor berkenaan.

“ Ma yat mngsa ketika itu ditemui di bawah longgokan jerami padi,” katanya.

“ Berdasarkan pemeriksaan mendapati sawah padi itu sudah dituai dan keadaan sawah kering selain terdapat jerami namun majikannya mendapati traktor itu berada di tengah sawah tanpa pemandu,” katanya.

Mohd Ismail berkata, ma yat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.