Fenomena cuaca panas ketika ini banyak memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan penduduk dalam negara ketika ini. Bahkan ada penduduk yang terjejas dengan perkembangan cuaca tersebut khususnya bagi mereka yang terlibat dalam bidang penternakan dan pertanian. Hal ini disebabkan oleh sumber air semulajadi yang terhad . Hampir keseluruhan sungai-sungai juga terjejas dan semakin mengering dan surut berbanding sebelum ini.
TEMURAMAH BERSAMA PENDUDUK DI SG GOLOK CUIT HATI NETIZEN
Menerusi laman Youtube, satu sudutan video seorang wartawan TV3 ketika dari Buletin Utama berjaya mencuit hati netizen. Di dalam video itu, seorang individu yang dikenali sebagai Nik Osman Nik Jusoh ditemubual mengenai paras air yang semakin surut di Sungai Golok. Namun, apa yang menghiburkan adalah respon individu terbabit. Pecah perut tengok!
Video seminit yang dikongsi itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan abang Nik. Wartawan menemubual seorang penduduk tempatan yang dipanggil Nik Osman mengenai isu paras air di Sungai Golok kini surut kerana cuaca. Namun, apa yang menghiburkan hati netizen adalah jawapan yang diberikan penduduk tempatan itu tidak sesuai dengan isu ini.
Air surut orang nak buat pesta. Apabila pesta, kita cari etok. Lepastu kita mandi sungai buat macam kolam. Air terjun bersih ni. Atas itu ada lumut, atas tu ada tulang babi, tak lulus buat mandi.
(VIDEO) SEDUTAN VIDEO TEMURAMAH DENGAN ABANG NIK BUAT RAMAI TERHIBUR
RESPONS NETIZEN TERHADAP ABANG NIK
Ramai Yang Terhibur
Apapun tahniah kepada Abang Nik yang try hard nak cakap KL untuk respons soalan wartawan tersebut