“Ada neraka khas untuk bapa macam ni” – Tergamak Bapa Nak Halau 7 Orang Anak Sebab Nak Jual Rumah Lepas Isteri Meningg@l

Posted on

Masalah penceraian, bapa kahwin lain dan kemiskinan adalah antara perkara yang paling memberi kesan hebat kepada anak-anak dalam keluarga. Namun kisah atau luahan masalah yang diceritakan oleh aktivis sosial Syed Azmi baru-baru ini lebih menyedihkan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, 7 orang adik beradik yang tinggal di Selangor ini bagaikan jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kem@tian emak, dihalau keluar dari rumah pulak. Ini apa yang diceritakannya…

“Kes asnaf paling berat. Ayah cerai dan kahwin lain. Ibu meningg@l sebelum raya tahun lepas”

Menurut Syed Azmi, 7 orang adik beradik yang berusia antara 7 hingga 23 tahun ini baru sahaja kehilangan ibu mereka yang meningg@l dunia sebelum raya tahun lepas. Manakala bapa mereka pula sudah bercerai dengan arwah ibu. Kini lelaki tu sudah berkahwin lain dan tak pernah kisah pasal anak-anaknya.

“KES ASNAF PALING BERAT:

Selangor:
Ayah: cerai dan kahwin lain dan tak kisah family. Ibu: meninggal sebelum raya tahun lepas.
Anak 7 orang

“Selepas ibu meninggal: dari umur 22 hingga 7 tahun pindah rumah nenek untuk bersekolah di Selangor juga. Yang 22 tahun kerja amik hantar pergi sekolah.”

“Ayah kembali dan nak jual rumah atas nama bersama. Mintak anak pindah sebab nak jual”

Masalah jadi bertambah berat selepas ibu kepada adik beradik 7 orang ini meningg@l dunia. Tiba-tiba bapa mereka kembali dan ingin menjual rumah yang budak-budak ni tinggal. Buat masa ini mereka tinggal dengan nenek tetapi nampaknya kena pindah pulak sebab nenek dah terlalu tua, tak larat nak jaga cucu.

Ke mana budak-budak ni nak pergi? Si sulung yang bekerja hanya peroleh gaji RM1,400 sahaja.

“Masalah kini:

Anak sulung gaji RM1400. Sumber kewangan utama keluarga. Kerja 6 hari seminggu. Dapat zakat. Sejak ibu meningg@l, duduk seorang.Ayah kembali dan nak jual rumah atas nama bersama. Mintak anak pindah sebab nak jual.

Nenek tak mau jaga cucu lagi mintak pulang duduk dengan kakak. Dah tua tak larat.Rumah nenek ada 2 orang mak saudara yang selalu marah-marah adik beradik. Mereka pun tak nak duduk situ.

Permohonan kakak:
Bantu kewangan persekolahan adik beradik sahaja.”

Sumber: Facebook

Cadang adik beradik cari rumah baru dan mula bekerja

Disebabkan masalah ini kian rumit, Syed Azmi mencadangkan adik beradik ini ambil beberapa inisiatif baru. Dia juga sedia membantu menggunakan wang sumbangan yang ada. Kalau korang nak bantu, boleh je WhatsApp Syed Azmi for more details.

“Cadangan
Kakak kena carik rumah sewa di Kajang.Kena carik lawyer bantu pasal jual beli rumah yang si ayah nak halau mereka.
Perpindahan persekolahan kesemua adik beradik.Adik yang 18 tahun kena carik lesen motor dan kerja.Adik yang 22 tahun carik kerja.

“Saya ada duit lebih sumbangan Tamakpahala yang akan saya berikan nanti. If you need to communicate with me click 0162184769 or http://www.wasap.my/+60162184769“

“Nanti dah tua mereput masuk dalam akhbar. Pakcik ada anak 7 tapi sorang pun tak pedulikan pakcik”

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini memang bengang habislah dan mengutuk tindakan bapa kepada 7 orang adik beradik itu. Di samping itu, ramai juga yang bertungkus lumus ingin menghulurkan bantuan.

Sumber: Facebook

Admin doakan semoga kehidupan adik-adik ni dipermudahkan InsyaAllah dengan bantuan Syed Azmi dan netizen semua. Tabahkan hati ye adik-adik. Bagi mereka yang nak hulurkan bantuan, korang boleh je contact Syed Azmi sendiri di Facebook peribadinya.

NOTA: Gambar di atas kanan sekadar hiasan

Sumber: lobakmerah & mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.