Sejak membuka tudung dua bulan lalu, apa sahaja yang dimuat naik Emma Maembong pasti dikecam ramai. Bagaimanapun bagi Emma sudah sampai masa untuknya move on dan abaikan kata-kata nista netizen.
Emma Maembong Mahu Move On, Abaikan Haters
“Jika kita buat silap dan dihukum sampai bila-bila, kita akan selamanya di situ dan takkan ke depan. Jadi, apa yang penting apabila buat silap, kita belajar. Saya terima setiap teguran. Namun, komen kasar dan jahat, saya biarkan saja di situ.
Tambah Emma, sebagai seorang Muslim mereka sepatutnya lebih tahu bagaimana cara untuk menegur Muslim lain dengan baik dan bukannya menggunakan kata-kata kesat mengenai kesalahannya.
“Biar netizen lain tengok. Mereka bukan nasihat saya, tapi itu buli siber. Mereka yang menasihati bab agama sepatutnya tahu cara terbaik untuk melakukannya. Agama kita tidak mengajar untuk menegur dengan cara kasar”
“Jadi, cara mereka itu salah dan dapat dosa juga. Ia bukan cara terbaik untuk menegur orang. Bagi saya, tegur kena ada caranya. Saya dengar setiap teguran dan saya berterima kasih kerana menegur,” jelasnya.
Sebelum ini, Emma memberitahu biarpun saban hari dikecam netizen namun rezeki tawaran kariernya tetap berjalan dengan baik, malah bertambah sejak kontroversi yang menimpa dirinya.