Alicia Amin Bantah Pasangan Yang Dihukum Sebat Depan Khalayak

Posted on

Pasti ramai yang tahu berita mengenai dua wanita yang dikenakan hukuman enam kali sebatan dihadapan 100 orang saksi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu.

Isu kontroversi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk model seksi Alicia Amin yang tidak bersetuju apabila hukuman sebat itu dipertontonkan kepada umum.

Isu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah model dan pelakon Alicia Amin yang dengan lantang bersuara dan tidak setuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap pasangan terbabit.

Pada pendapat saya, hukuman sebegini tak perlu dipertontonkan kepada umum dan dihebahkan ke media serta media sosial. Saya faham tujuan hukuman sebat mengikut undang-undang Syariah, bertujuan memberi pengajaran. Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi mereka.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Alicia menjelaskan apa yang beliau suarakan itu bukanlah bermaksud untuk menolak hukum Syariah tetapi ingin menegakkan hak sesama manusia.

Kalau sesuatu perkara yang berlaku itu mungkin akan meninggalkan kesan negatif (sebat di depan khalayak), kita perlu bersuara dan bincangkan. Bagi saya, ‘human rights’ sangat penting dan perlu diambil kira. Apa yang saya lakukan adalah satu perkara positif dan patut kita amalkan kerana kita perlu saling hormat-menghormati sesama manusia.

Tidak salah untuk memperjuangkan hak manusia tetapi biarlah kena pada situasinya. Hukuman yang dilakukan bukan berniat untuk memudaratkan tetapi memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Sumber Berita : Harian Metro & Sinar Harian & beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.