Diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagaimanapun ada segelintir netizen mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Aliff Syukri sehingga diterima masuk ke Universiti berkenaan, malah ada yang mendakwa Aliff menggunakan kekayaannya.
Terkilan dengan dakwaan liar netizen itu, Aliff berkata dia diterima masuk ke universiti berkenaan kerana usaha dan titik peluhnya sendiri. Ujarnya, dia belajar selama enam bulan untuk memastikan dirinya lulus ujian kelayakan.
Baca : Ini 9 Sebab Pelajar 10A SPM Tolak Masuk Universiti Dan Pilih Tingkatan 6
Ujar Aliff lagi, dia membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mahu dipandang rendah sebagai seorang yang tidak mempunyai pendidikan. Katanya lagi, dia sama seperti pelajar lagi perlu mengikuti kelas dan mengambil peperiksaan.
“Korang sangka tak, saya diterima masuk UiTM? Pertama kali masuk UiTM. Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk universiti ini sebab pakai duit atau rasuah.
“Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus peperiksaan ini. Dengan usaha saya belajar enam bulan nak lulus peperiksaan, akhirnya saya lulus,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff berharap tindakannya itu dapat menjadi ikutan oleh mereka diluar sana bahawa meskipun sudah bekerja dan berjaya tidak bermakna tidak boleh lagi belajar.
Difahamkan, Aliff bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam