Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19.
Di Malaysia sahaja, jumlah kes yang dicatatkan hari demi hari sehingga kini telah mencecah kepada ribuan orang. Pengorbanan petugas barisan hadapan di negara kita perlu dipuji kerana sanggup merisikokan nyawa mereka demi kesejahteraan negara.
Pasti ramai yang tidak tahu tentang keadaan para pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di dalam wad. Seorang jururawat yang bernama Rabiatul Adawiyah ada berkongsikan tentang pengalamannya bekerja di wad Covid-19 yang menempatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Menurutnya, pelajar-pelajar tahfiz ini banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca al-quran, berzikir dan solat berjemaah ketika di dalam wad. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
WE ARE FIGHTER COVID19
Alhamdulillah pengalaman bekerja and merawat adik-adik tahfiz yang sangat awesome.
Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa main dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca al-quran, berzikir dan solat. Solat berjemaah walaupun jarak kena 1 meter antara 1 sama lain.
Gambar ni diaorang yang request nak ambil gambar. Kakak misi memang suka amik gambar dik. Sebagai kenangan suka dan duka dalam mengharungi wabak ini.
Alhamdulillah urusan kami dalam menjaga dan merawat sangat dipermudahkan di sini.
Allah permudahkan semua. Syukur ya allah.
Kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan -Mu.
Menyedarkan kami yang alpa ini.
Disebalik covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni.
Berikut adalah antara komen-komen daripada netizen di media sosial:
Sumber: Rabiatul Adawiyah
Samsung Galaxy M11 Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 450 Dan Bateri 5000 mAh
Minggu baharu bermula hari ini dan sebuah lagi peranti telah dilancarkan oleh Samsung. Samsung Galaxy M11 telah disenaraikan di laman Samsung UAE hari ini dan ia adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilengkapi tri-kamera utama.
Galaxy M11 dilengkapi skrin 6.4″ LCD HD+ dengan lubang skrin untuk kamera swafoto, dijana cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB. Bateri yang disertakan adalah sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.
Kamera utama menggunakan sensor 13MP (F1.8) sudut lebar, 5MP (F2.2) sudut ultra lebar dan 2MP (F2.4) pengesan kedalaman. Kamera swafoto pula adalah sekadar sebesar 8MP.
Peranti ini walaupun sebuah peranti kelas permulaan, menggunakan Android 10 dengan pelancar One UI 2.0. Pengimbas cap jari fizikal turut diletakkan pada panel belakang bagi pengguna yang memerlukan sokongan sekuriti imbasan biometri.
Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan pada waktu ini. Tetapi berdasarkan spesifikasi ia adalah sedikit lebih baik berbanding Galaxy A11 yang dilancarkan dua minggu yang lalu.