Amaran Untuk Haqiem Rusli, Jika Berulang Mungkin FMC Tamatkan Kontraknya

Posted on

Bukan mudah untuk menjadi figura awam atau pun selebriti kerana secara jujurnya segala tindak tanduk akan dipertikaikan orang ramai lebih-lebih lagi di zaman perkongsian pantas ketika ini. Peristiwa Haqiem Rusli menangis di sidang media baru-baru ini menjadi peringatan terakhir buat penyanyi berusia 20 tahun ini.

Menurut Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin, apa yang terjadi sebenarnya bukanlah kali pertama malah sebelum ini Haqiem pernah menyatakan hasratnya untuk berhenti menyanyi.

“Sebelum ini kita sudah menegur dan menasihati dia agar tidak terburu-buru dalam buat sesuatu atau menulis di laman sosial kerana akibatnya akan membawa padah kepada dirinya sendiri”

“Dua kali sebelum ini dia pernah beritahu nak berhenti menyanyi… kali ketiga dia buat kenyataan di media sosial dan sekarang dia menerima kesannya”

BACA : Khas Untuk Peminat : Haqiem Rusli Tidak Jadi Berhenti Menyanyi 

“Dengan apa yang terjadi kami berharap menjadi iktibar kepadanya dan sekiranya berulang lagi selepas ini kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas selain berkemungkinan menamatkan kontraknya,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, Sam turut menyatakan bahawa apa yang terjadi bukanlah gimik namun atas sikap Haqiem sendiri yang belum matang dan dalam masa yang sama turut membuatkan syarikat rakaman tersebut lebih peka dengan masalah artis naungan mereka.

“Budak remaja ni biasalah… Lagi kita marah lagi dia nak buat walaupun macam-macam nasihat sudah diberi. Dia masih mentah dan populariti mendadak mungkin membuatkan dia terkejut sekaligus menambah tekanan kepada dirinya,” katanya lagi.

Apa yang pasti, proses melahirkan selebriti bermula daripada asas yang kukuh adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara sama terjadi. Cara berkomunikasi dan keupayaan untuk berhadapan kritikan adalah sangat penting bagi memastikan nama yang dibina bukan hanya mekar di usia muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.