Anggota Sambut Hari Polis Tahun Ini Di Medan Bakti, Jadi Barisan Hadapan Lawan Covid-19

Posted on

Setiap 25 Mac setiap tahun, negara akan menyambut Hari Polis bagi menghargai semua anggota polis yang masih berkhidmat atau sudah bersara mahupun yang sudah terkorban.

Namun, lain pula ceritanya tahun ini apabila sambutan Hari Polis ke-213 nampaknya tidak akan disambut seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19 dan ketika ini sebahagian besar anggota polis sedang giat mengawal rakyat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar oleh kerajaan.

Berikut adalah ucapan khas dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Polis yang ke-213. Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota polis yang sanggup berkorban dan berkhidmat tambahan lagi ketika negara berada dalam keadaan genting ketika ini.

Sumber: Bernama

Join Telegram

Realme 6 Dilancarkan Di Malaysia – MediaTek Helio G90T, Skrin 90Hz, Berharga RM999

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar berspesifiaksi pertengahan mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Realme 6.

Realme 6 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD FHD+, dilengkapi skrin pada kadar segar semula mencapai 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, memori sehingga 8GB RAm dan storan sehingga 128GB UFS 2.1.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat-kamera belakang gabungan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Di Malaysia, Realme 6 ditawarkan pada harga RM999 untuk variasi 4GB RAM dan storan 128GB. Untuk jualan promosi pada 27 Mac 2020, antara pukul 12 pagi sehingga 2 pagi, pengguna boleh mendapatkannya pada harga RM799.

apa kata korang ? menarik bukan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.