Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Dan Pembayaran

Posted on

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional buat golongan B40 dan M40 yang terjejas sumber pendapatan akibat wabak COVID-19.

BACA JUGA : Tarikh Bayaran BSH Fasa 2

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 melalui Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mengumumkan pakej berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada rakyat semua. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Permohonan, Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran

Umum sedia maklum, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia terjejas dari segi sumber pendapatan. Untuk meringankan beban rakyat, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion.

Dan menariknya, buat pertama kalinya bantuan akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Menerusi siaran media Kementerian Kewangan Malaysia, berikut adalah maklumat terkini berkaitan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional beserta maklumat kriteria kelayakan, semakan status kelayakan dan tarikh pembayaran.

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

BACA JUGA : Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Emel / Pos

i) Permohonan BPN Online (Bantuan Prihatin Nasional)

Orang ramai tidak perlu membuat permohonan mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berikutan pemilihan dibuat berdasarkan perkara berikut :-

  1. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup
  2. Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Namun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 setelah membuat semakan status pada 1 April 2020. Menerusi makluman LHDNM :-

  • Golongan B40 yang telah menerima BSH dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN. Ini kerana penerima BSH yang layak akan menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan kepada jumlah pendapatan dan kriteria lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan

   SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Semakan Status Penerimaan BPN
Klik  BPN Online
  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
  • 2. Masukkan Kod CAPTCHA yang diberikan, dan
  • 3. Keputusan akan dipaparkan
  • 4. Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
  • 5. Semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, semakan lanjut tidak perlu dibuat dengan LHDNM
  • 6. Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020

Portal Rasmi yang boleh diakses oleh orang ramai adalah seperti berikut :-

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)

3) Kementerian Kewangan Malaysia

ii) Penerima BPN Yang Tidak Perlu Memohon Atau Mengemukakan Permohonan Baharu BPN

Mereka yang tidak perlu memohon adalah seperti senarai berikut :-

i) Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

ii) Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

iii) Bujang RM2,000 ke bawah

Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

iv) Bujang RM2,001 hingga RM4,000

Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

iii) Syarat Kelayakan BPN

Mereka yang dikategorikan layak terima bantuan adalah seperti berikut :-

a) Mereka Yang Layak Menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan

c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang

a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan

b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

iv) Jumlah, Tarikh Dan Kaedah Pembayaran BPN

BACA JUGA : Masih Ramai Tidak Tahu Pesakit Kritikal Boleh Tuntut RM8,000 Dari Kerajaan

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan dalam jadual di bawah.

Manakala untuk permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional yang diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus. Untuk Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak, ianya akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

JUMLAH BAYARAN 1 BAYARAN 2
1) ISI RUMAH 1
4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
RM1,600 RM1,000/ ? APRIL 2020 RM600/ ? MEI 2020
2) ISI RUMAH 2
Hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000
RM1,000 RM500/ ? APRIL 2020 RM500/ ? MEI 2020
3) INDIVIDU BUJANG 1
3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
RM800 RM500/ ? APRIL 2020 RM300/ ? MEI 2020
4) INDIVIDU BUJANG 2
400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000
RM500 RM250/ ? APRIL 2020 RM250/ ? MEI 2020
? Tarikh RASMI pembayaran akan dikemaskini

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:-

Pembayaran sekiranya:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)10:10 AM 30/3/2020

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:-

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

a) Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional

b) Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima

Kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian

v) Semakan Status BPN

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan

2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh disemak di Portal Rasmi berikut :-

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)

3) Kementerian Kewangan Malaysia

Klik Aplikasi semakan dan permohonan

vi) Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional bagaimana bantuan diberikan meliputi kaedah permohonan serta kaedah pembayaran boleh dirujuk di Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :-

CARA HUBUNGI
1 Kementerian Kewangan 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 4565/ 03-8882 9191/ 03-8882 4566
(Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m bermula 20 Mac 2020)
e-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
2 LHDNM 1-800 882 747 atau 03-8911 1000
(jam 9 pagi – 5 petang Ahad hingga Jumaat bermula 30 Mac 2020)

Download Teks Ucapan PRIHATIN

Untuk teks ucapan lengkap Perdana Menteri pada pengumuman pakej PRIHATIN boleh dirujuk di Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Lain-lain bantuan yang diberikan kepada rakyat juga boleh dirujuk di teks ucapan ini termasuklah bantuan IPT RM200, bayaran baki BSH dan banyak lagi.

Kelak WhatsApp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak

Saya bukanlah pengguna tegar WhatsApp kerana pertama sekali ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu-satu masa. Sebagai insan yang kerap bertukar peranti untuk ulasan, proses mengaktifkan WhatsApp ada peranti baharu amat melecehkan. Tetapi ini mungkin akan dapat diselesaikan jika WhatsApp menyokong penggunaan pada lebih pada satu peranti serentak.

Menurut WaBetaInfo, ciri ini sedang dibangunkan oleh pihak WhatsApp. Apabila diaktifkan, pengguna akan menerima mesej akaun mereka akan digunakan pada peranti lain sebagai langkah keselamatan. Ciri sedang diuji pada WhatsApp Beta 2.20.110 untuk peranti Android.

Selain sokongan multi peranti serentak, WhatsApp juga masih menguji ciri mesej yang akan terpadam secara automatik. Seperti kami laporkan sebelum ini mesej boleh dipadam secara automatik selepas 1 hari, 1 minggu atau 1 bulan mengikut kehendak penghantar mesej.

Walaupun kesemua ciri-ciri ini sedang diuji ia tidak bererti ia akan diberikan kepada pengguna secepat mungkin. Mod tema gelap yang baru diaktifkan kepada semua tiga minggu yang lalu menjalani proses ujian selama hampir setahun.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.