“Biar Tak Cantik & Gemuk, Tapi Ketiak Jangan Hitam”– Nabila Huda

Posted on

Ramai wanita diluar sana taksub untuk memiliki kulit putih sehingga ramai beranggapan wanita berkulit cerah lebih cantik berbanding wanita kulit gelap. Namun, bagi pelakon Nabila Huda dia sangat berbangga dengan warna kulit hitam manis yang dimilikinya.

Sebelum ini dia pernah menghentam seorang peniaga yang mempromosikan produk pemutih kulit di ruangan komen Instagram miliknya. Dia juga meminta untuk berhenti menjual produk pemutihan kulit bodoh yang boleh merosakkan kulit.

Ramai wanita diluar sana memiliki kulit licin, putih dan bersih namun bila tengok di tempat ‘tersembunyi’ jauh berbeza dengan kulit wajah. Mungkin itu yang Nabila Huda cuba sampaikan menerusi posting terbaru yang dimuat naik di Instagram.

“Asyik post gambar proper je. Boring. Caption: “Muka biar tak cantik, badan biar gemuk tapi ketiak jangan hitam,” katanya.

Posting itu menarik perhatian peminatnya dan rata-rata terhibur dengan kepsyen jujur tersebut. Ada juga yang bertanyakan kepada Nabila tips untuk putihkan ketiak.

Win la kapsyen!

Ada tips ketiak tak hitam tak?

Jujur sis ni. Saya suka!

Apa pun kepsyen Nabila memang ‘jujur’ sangat, jangan la taksub nak putihkan muka dan hanya mahukan bentuk badan langsing sahaja, bahagian ‘tersembunyi pun perlu dijaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.