Viral gambar seorang budak solat di kebun bapanya dengan beralaskan daun pisang dan mendapat pujian ramai. Selepas wartawan buat siasatan, ini kisah sebenarnya buat ramai respek. Allahuakbar. Tolong jangan abaikan artikel ini.
KISAH SEBENAR SOLAT ATAS DAUN PISANG
Sebuah foto yang dimuat naik seorang pengguna Twitter baru-baru ini menjadi viral di media sosial. Akaun dengan nama @ana_khoz itu telah memuat naik gambar seorang budak lelaki yang sedang mendirikan solat di kebun milik bapanya.
Dalam foto tersebut, kelihatan budak lelaki itu hanya mengenakan sarung untuk menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan pakaian. Sementara itu, dia juga dilihat hanya menggunkan daun pisang sebagai alas pengganti sejadah.
“Di tengah kesibukan membantu orang tua, dia tidak lupa akan kewajipannya untuk menjalankan ibadah solat walau hanya dengan beralaskan selembar daun pisang. Subhanallah,” tulis @ana_khoz.
Dalam keterangan foto yang dibuat Ana, menjelaskan bahawa budak lelaki yang berasal dari Tuban, Jawa Timur itu sedang membantu orang tuanya bekerja di kebun. Walaupun tidak memiliki ruang solat yang selesa, tapi budak tetap itu tidak lupa menunaikan solatnya.
MENDAPAT PUJIAN NETIZEN
Salat di Kebun Beralaskan Daun Pisang, Bocah Ini Tuai Pujian
Ketaatan budak lelaki itu dalam menjalankan perintah agamanya telah mendapat banyak pujian dari netizen. Kebanyakan dari mereka terharu dan berharap yang budak lelaki itu dapat menjadi contoh bagi anak-anak yang lain.
“Saya yang non muslim juga merasa kagum dengan beliau, semoga anak-anak kita yang lain dapat mencontohi beliau dalam beribadah,” komentar @N_Kuslan.
“Soleh benar anak ini. Beruntung orang tuanya mempunyai anak yang taat seperti dia,” ujar @IbuPertiwiku.
“Jgn pertikaikan segala kekurangan (tempat ibadah) yg dia lakukan saat solat tpi lihatlah niat hatinya untuk tetap beribadah kepada Tuhannya dalam segala keadaan,” tulis @GunRomli.
“Bererti,orng tuanya sangat luar biasa dlm mendidik anaknya, hingga anaknya merasakan bahawa solat adalah keperluan hidup yg tidak blh ditinggalkn,” kata @ana_khoz.
Bagaimana pula pendapat anda..?