Disebabkan Perkara Ini, Ia Seolah Olah Mencabar Rakyat Negeri Membawa Johor keluar dari Persekutuan Malaysia

Posted on

Menerusi halaman HRH Crown Prince of Johor, entri terbaru yang dimuatnaik mengundang seribu pertanyaan pada netizen.

Halaman HRH Crown Prince of Johor :

Berita Penuh :

Kroni Putrajaya ‘bulldoze’ bidang kuasa kerajaan negeri Johor

Menurut sumber yang dipercayai, pada 2 April 2019 (Selasa depan) bakal berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaburan Antarabangsa di antara KA Petra Sdn Bhd dengan Hutchison Port Holdings Limited, Hong Kong.

Perjanjian usahasama ini adalah bagi tujuan ‘The Development of World’s Largest Ship-To-Ship Hub In Johor Bahru Port Waters’.

Walaubagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, pihak kerajaan negeri Johor tidak langsung dirundingi berkenaan usahasama di atas menimbulkan persoalan seolah-olah ia cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.

Hasil siasatan pihak kami mendapati usahasama ini mendapat layanan istimewa dari pihak persekutuan kerana ia dipercayai melibatkan kroni pemimpin tertentu di Putrajaya.

Perkara ini kini menjadi berita panas di Johor kerana kad undangan majlis berkenaan yang diedarkan kepada tetamu turut menyebut kehadiran ‘Guests of Honour’ dari Putrajaya iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail.

Tindakan terbaru dari Putrajaya ini adalah serangan terhadap ekonomi negeri kerana ia seolah-olah memutuskan rezeki pihak yang berniaga di situ selama ini semata-mata mahu menguntungkan pihak kroni mereka.

Jelas sekali, pihak Putrajaya cuba bermain api mencabar bidang kuasa kerajaan negeri kerana berdasarkan Perjanjian Persekutuan (Federation Agreement), perkara berkaitan tanah dan air adalah temaktub dalam bidang kuasa dan hak kerajaan negeri.

Harus diingat bahawa walaupun Putrajaya boleh meluluskan lesen untuk usahasama berkenaan, ia tetap memerlukan persetujuan pihak berkuasa negeri.

Sekiranya pihak Putrajaya masih terus melanggar kedaulatan negeri Johor, ia seolah-olah mencabar rakyat negeri membawa Johor keluar dari persekutuan Malaysia.

Kepada pihak di Putrajaya, jangan sekali-kali mencabar kesabaran kami di Johor, kerana sabar kami ada batasnya.

Ends.

(Sumber : Facebook Gerakan Muafakat Johor)

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

sumber : www.rimbabara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.