Nazer al-Islam Abdul Karim, 65, yang bekerja di Riyadh telah dihina oleh seorang pengguna Instagram yang memuat naik gambarnya dengan kapsyen : “Orang ini hanya layak memandang sampah sahaja,”
Seorang lelaki, Abdullah Al-Qahtani yang mempunyai akaun Twitter bernama @Ensaneyat (kemanusiaan dalam bahasa Arab) tampil mencari lelaki itu bagi memberikan sokongan.
Tweet Al-Qahtani itu telah dikongsi sebanyak 6,500 kali dan akhirnya lokasi lelaki warga Bangladesh itu dapat dikesan berdasarkan pantulan latar belakang premis pada tingkap kedai barang kemas berkenaan.
Nazer yang berpendapatan 700 riyal (RM836.97) di Riyadh berkata, dia tidak menyedari gambarnya merenung barang kemas itu dirakam.
“Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci di bandar ini dan ternampak sebuah kedai barang kemas, lalu melihatnya saja-saja.
Saya amat gembira dengan hadiah yang diberi ini dan amat berterima kasih,” katanya kepada CNN. Al-Qahtani, 38, menjelaskan bahawa wang masih dihantar kepada Nazer berserta beras dan madu, tiket penerbangan untuk Nazer pulang ke Bangladesh dan dua buah telefon bimbit, iPhone 7 dan Samsung Galaxy.
Pengguna media sosial terutamanya warga Arab Saudi di Twitter telah berikrar akan terus menghantar hadiah kepada Karim termasuk seorang Pengguna Sosial lain yang mahu memberinya 2,000 riyal (RM2,391.35).
Setelah Nazer ditemui, seorang eksekutif di saluran sukan Saudi juga memuat naik video Snapchat yang menunjukkan dia memilih satu set barang kemas. Beliau juga memuat naik gambar Nazer dengan hadiah barunya itu.
Al-Qahtani memaklumkan kepada CNN bahawa beliau kagum dengan usaha yang dilakukan oleh netizen untuk mencari lelaki itu dan ramai individu yang prihatin dan baik hati telah tampil membantu Nazer.
sumber : memorikini.com