Cara-Cara Menjimatkan Air Di Rumah | Penggunaan air secara berlebihan bukan sahaja memberi kesan kepada sumber air kita, malah turut membebankan dari segi kewangan. Kita harus menjimatkan air di rumah mulai sekarang! . Ini disebabkan oleh gaya hidup kita yang semakin berubah mengikut teknologi terkini.
Pembaziran air turut disebabkan oleh sikap kita yang sering membiarkan air mengalir ketika menggosok gigi dan mandi atau di dapur ketika memasak dan membasuh serta penggunaan hos secara berleluasa. Berikut adalah cara-cara mudah bagi anda dapat menjimatkan air serta mengurangkan bil air anda:-
- Baiki paip yang menitiskan air secara perlahan. Pembaziran sebanyak 90 liter sehari disebabkan oleh paip seperti ini.
- Jangan biarkan air mengalir ketika anda menggosok gigi. Sebanyak 5 liter air dibazirkan setiap minit jika paip dibiarkan mengalir.
- Periksa kecekapan penggunaan air bagi peralatan baru seperti mesin basuh sebelum membelinya.
- Gunakan alat pancuran untuk menggantikan penakungan air apabila ingin mandi kerana ia hanya menggunakan 30% air yang diperlukan.
- Kurangkan penggunaan hos atau pemercik air yang menggunakan sehingga 1000 liter air sejam. Gantikan dengan amalan menuai air hujan untuk kegunaan di laman.
BACA : Cara Permohonan Perkhidmatan Bekalan Air
Kandungan
PERALATAN PENJIMATAN AIR BOLEH MEMBANTU!
Terdapat beberapa jenis peralatan penjimatan air yang murah serta dapat menjimatkan air di rumah anda
- Peralatan penjimatan (isikan air di dalam botol) yang ditempatkan di dalam tangki air dapat menjimatkan 3 liter bagi setiap penjirusan.
- Gunakan alat pengawal bagi kepala hos untuk mengawal aliran air.
- Pemasangan peralatan pengawal aliran pada paip serta basin air yang sedia ada dapat mengurangkan pembaziran sebanyak 70% sambil memberi aliran air yang normal.
- Peralatan penjimatan bagi perenjis air dapat mengurangkan 70% pembaziran (hanya menggunakan 6 1/2 liter air seminit berbanding 18-20 liter bagi perenjis biasa)
- Dapatkan tangki pengumpulan air hujan (ada yang disertakan dengan alat pengelak limpahan) bagi pengairan tanaman serta untuk mencuci kawasan laman.