Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful PERCUMA ( mySalam) kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Bagaimana Cara Memohon Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam ?
Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam.
Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
BACA : Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
MANFAAT DARIPADA SKIM mySALAM
Mereka yang LAYAK akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah skim ini. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain (sila rujuk senarai di bawah)
Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana HOSPITAL KERAJAAN.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON ?
Golongan yang layak untuk memohon dan membuat tuntutan skim mySalam ialah seperti yang berikut;
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?
Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mereka menerusi portal rasmi mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan). Sila klik Portal Rasmi mySalam
Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Semua tuntutan yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.