Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia mengesahkan bahawa Dato’ Ismail Kamus yang merupakan pengasas serta pengerusi pusat itu telah kembali ke rahmatullah.
Dato Ismail Kamus
RAHMATULLAH
Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.
Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala.
الفاتحة
Sumber Rasmi : Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441
Beliau sebelum ini dikhabarkan mengalami keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Menurut exco penerangan pusat rawatan tersebut sebelum ini, Abdul Hadi Jusoh, Dato’ Ismail Kamus telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Dato’ Ismail Kamus.
Sumber: Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia