“Dia cakap saya macam gajah dan muka macam jalan tar..” Sekarang gadis ini dah kurus dan cun melecun

Posted on

Seorang gadis bernama Zahara telah tampil enceritakan kisah hidupnya ketika dia berbadan besar sehingga dihina lelaki.

“Dulu berat saya 63 kilogram (KG). Yes, gemuk dan muka berjerawat. Saya masih ingat dia cakap saya macam gajah dan muka macam jalan tar. Dia tinggalkan saya,”

Bercerita tentang kisahnya yang lalu, Zahara akui dia pernah dihina sedemikian oleh bekas teman lelakinya dan ketika itu berat badannya 63kg.

Terkesan dengan kritikan dan penghinaan seperti itu, Zahara mengambil inisiatif untuk bangkit semula dan buktikan bahawa dia boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Semuanya bermula apabila Zahara mengetahui bahawa bekas teman lelakinya itu telah berlaku curang. Lebih teruk lagi, tanpa rasa bersalah lelaki itu siap membanding bezakan Zahara dengan kekasih barunya.

“Gambar di sebelah kanan adalah penampilan saya yang terkini. Alhamdulillah, 58 kg. Kalau teman lelaki korang tinggalkan korang, improve diri korang menjadi lebih baik. Jangan sedih-sedih, okey?”

“Dia kantoi curang, saya maafkan dia. Dia siap membandingkan saya dengan perempuan yang dia curang itu. Hahaha.

“Itulah, saya pun dah rasa dulu. Saya okey saja, dia yang rasa ‘bagus’,”

Berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan, Zahara mengataakn yang paling penting adalah untuk menterapkan kepad minda sendiri untuk berubah.

Kemudian dia amalkan kehidupan yang sihat iaitu dengan bersenam dan menjaga gaya pemakanan.

“Tipsnya, kita kena tetapkan dalam otak yang diri kita mahu menjadi lebih baik, agar dia (bekas) tahu yang kita boleh menjadi lebih baik selepas kena game dengan dia. Barulah dia tahu yang kita boleh hidup tanpa dia. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih rajin bersenam.

“Saya tak makan apa-apa. Saya jogging setiap hari, workout jangan skip. Buat sit up saja, sekurang-kurangnya 30 kali sehari. Minum air yang banyak.

“Untuk penjagaan kulit, saya tidak dapat membantu sebab saya tak pakai skincare ke apa. Tips yang saya kongsikan ini tips dari orang makan hati. Bahaya kalau tak makan apa-apa, setidak-tidaknya makanlah buah-buahan,”

Di antara cara mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan diet intermittent fasting.

Semoga kisah ini dijadikan teladan, yang paling penting adalah keazaman untuk berubah menjadi lebih sihat dan kehidupan yang baik.

 “Ada suara bisikan minta saya cabut nyawa sendiri” – Tasha Shila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.