Pembayaran Saman Secara Dalam Talian

Diskaun Sehingga 50 Peratus Untuk Pembayaran Saman Secara Dalam Talian

Posted on

Diskaun Sehingga 50 Peratus Untuk Pembayaran Saman Secara Dalam Talian| Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

Pembayaran Saman Secara Dalam Talian

Baca : Cara Semak Penyata Dan Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT  bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.

Baca : Bantuan JKM 2020: Daftar & Semak Status Pembayaran Online

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Sumber: BERNAMA

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.