Drama, Filem Menarik Antara Sajian Program Syawal Media Prima

Posted on

Menerusi kempen Terima Kasih buat tahun kedua, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menyajikan pelbagai rancangan menarik bagi meraikan Syawal tahun ini.

Antaranya seperti telefilem khas sempena Aidilfitri, drama bersiri popular dan variasi filem box office dari dalam mahupun luar negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, program-program raya ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan seluruh isi rumah untuk duduk bersama di hadapan kaca tv.

“Selaku platform nombor satu pilihan rakyat Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima komited dalam memastikan kualiti program hiburan dan kekeluargaan sepanjang Syawal ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung acara padang, bazar Terima Kasih dan Jom Masjid yang sanggup meredah cuaca terik dan hujan demi memberi sokongan apa kami lakukan sepanjang satu hari di dua lokasi iaitu Sungai Petani,Kedah dan Melaka.

“Sumbangan pembelian juadah berbuka sudah disalurkan ke rumah kebajikan terpilih bagi meringankan beban mereka,” katanya

Johan ditemui pada majlis tayangan program Syawal di rangkaian televisyen Media Prima, TV3, TV9 dan ntv7 yang diadakan di Hotel New World, Petaling Jaya baru-baru ini.

Antara drama rantaian popular yang mendapat rating tinggi di TV3, Andainya Takdir kini kembali dengan siri kedua, Andainya Takdir 2. Mula bersiaran pada 13 Jun ini, drama yang dibintangi Syukri Yahya, Nina Iskandar dan Idris Khan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Filem pecah panggung terbitan Grand Brillance, J Revolusi pula akan ditayangkan pada malam raya (14 Jun) jam 10 malam. Ia dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil.

Untuk seleksi filem antarabangsa, The Avengers, Real Steel dan Jurassi Park III pula akan ditayangkan pada minggu kedua Syawal bagi memberikan variasi pilihan kepada semua penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.