Syafiq Kyle Kembalikan Budaya Kirim Kad Raya Kepada Peminat

Posted on

Jika zaman dahulu kebanyakan selebriti popular mengambil inisiatif dengan memberikan kad raya sebagai salah satu menghargai sokongan peminat.

Namun di masa kini jarang-jarang sekali artis menggunakan pendekatan sebegitu bagi mendekatkan diri mereka dengan peminat tersayang.

Terbaharu, pelakon Syafiq Kyle ingin mengembalikan nostalgia tersebut dengan memberikan kad raya yang disertakan pantun empat kerat sebagai membalas jasa peminat yang tidak jemu memberikan sokongan sepanjang dirinya bergelar anak seni.

“Ini adalah kali pertama saya buat projek kad raya ini sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat saya di Malaysia. Pada mulanya, saya rasa penyediaan kad raya istimewa ini agak melecehkan, tetapi sangkaan saya meleset! Ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Syafiq akan mengedarkan 5,000 keping kad raya secara percuma kepada peminat yang mengisi borang menerusi laman web www.syafiqkyle.com.

Kad raya istimewa itu merupakan sebuah lukisan karikatur khas yang memaparkan wajah aktor itu beserta suasana kampung di hari lebaran. Kad itu turut akan disertakan ucapan dan tandatangan khas dari Syafiq sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.