Ismail Embong buat pesanan di laman sosial Facebooknya.
BAPA pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong memuat naik kenyataan mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.
Ismail, 70, menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, lelaki yang membuka aib seorang wanita hanyalah mempunyai niat jahat.
“Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” tulisnya.
Perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu menerima 50 perkongsian di laman sosial itu.
Status bapa Emma Maembong di laman sosial pada Khamis.
Rata-rata netizen meminta pelukis itu bersabar dan menasihati anaknya untuk kembali berhijab.
Pada Rabu, dunia hiburan dikejutkan dengan keputusan Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun berpenampilan muslimah berhijab.
Emma menjelaskan keputusan yang dibuat itu adalah kehendakknya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Foto Emma tidak bertudung tersebar bersama Syed Abdullah baru-baru ini.
Dia juga meminta orang ramai tidak menjadikannya contoh yang baik untuk diikuti.
Keputusan Emma itu dibuat ekoran kontroversi beberapa fotonya tidak bertudung tersebar di laman sosial pada akhir Januari lalu.
Foto tersebut diambil ketika dia bercuti bersama kekasihnya abang Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar