Eh! Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Posted on

Biar apa saja cerita sensasi asalkan ianya dari aktres cantik lagi meletop Rozita Che Wan dengan suaminya  Zain Saidin.

Sudah pastinya rumahtangga mereka dicemburui ramai dek kerana sifat romantis mereka berdua.

Begitu juga dengan isu yang dipersoalkan peminat ketika ini iaitu mengenai gambar yang dimuat naik di Instagram milik ibu kepada tiga orang anak ini.

Sebelum ini Che Ta dan Zain Saidin dikecam memuatnaik gambar bercumbuan di di tepi pantai Mykonos, Greece mengundang pelbagai reaksi kurang senang peminat yang melihat.

Oleh kerana kontroversi yang lalu, Che Ta telah menulis hashtag terlebih dahulu, bukan bercium tapi berbisik supaya tidak mencetuskan reaksi negatif peminat sekali lagi.

Gambar yang menunjukkan Che Ta dan suami, Zain Saidin berdiri di Kawah Putih, Bandung, Indonesia ini juga dihujani ribuan komen negatif dan positif daripada pengikut setianya.

Menerusi gambar tersebut jelas terpancar saat romantis dan kebahgiaan Che ta bersama suami tercinta.Sememangnya pasangan ini suka ‘berbulan madu’ diluar negara.

Foto yang dimuatnaik ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Macam biasalah, ada yang menyokong tak kurang juga yang memberikan nasihat.

Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen berkata mereka pasangan paling cantik dan sepadan.Tak kurang juga yang berkata aura Che Ta yang cantik, menjadikan pemandangan di Bandung nampak seperti Eropah.

Sebagai Selebriti memang akan sering dikritik dan dikecam jika ada saja yang tidak kena di mata peminat. Memang susah nak puaskan hati semua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.