Elfira Loy Luah Isi Hati Soal Bertunang Dengan Anak Datuk, Faris K Anuar

Posted on

Sedang berdepan dengan kontroversi pertunangan yang baru berlangsung baru-baru ini, Elfira Loy berkata, beliau tidak perlu menjelaskan apa yang berlaku di dalam hidupnya kerana ianya takdir Tuhan yang sudah tertulis.

Baca : Adik Lelaki Elfira Loy Pula Didakwa Tak Bayar Hutang?

“Allah menguji saya dalam banyak perkara hingga menjadikan saya seorang wanita yang kuat dan bersabar untuk segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Ada banyak perkara yang ingin saya luahkan dalam kepsyen ini”

“Saya menulis dan memadam kapsyen yang panjang supaya dapat menjelaskan segala yang berlaku dalam hidup saya ketika ini. Tapi saya melihat tiada keperluan untuk saya melakukan sedemikian. Saya tahu waktu yang tepat akan tiba dan segala jawapan yang ingin diketahui akan diumumkan nanti”

“Saya hanya perlu banyak berdoa. Allah sahaja yang boleh mengubah segalanya dan bukan anda. Bagi saya, jika tiada sesuatu yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam. Perkara ini bukan untuk menyejukkan hati saya sebaliknya menolong anda di akhirat kelak,” tulisnya.

Terdahulu selepas pertunangan mengejut Elfira dengan seorang anak datuk, timbul dakwaan mengatakan Elfira mempunyai banyak hutang untuk diselesaikan. Kemudian Elfira pula diserang kerana adiknya pula diburu kerana berhutang.

Baca : Elfira Loy Sudah Selamat Bertunang Dengan Faris K Anuar? Anak Datuk ?

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.