Elfira Loy Sudah Selamat Bertunang Dengan Faris K Anuar? Anak Datuk ?

Posted on

Baru sahaja berkenalan sekitar bulan Ramadhan lalu, pelakon Elfira Loy khabarnya sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Faris K Anuar iaitu lelaki yang bergambar mesra bersama beliau di tepian pantai sebelum ini.

Difahamkan Faris bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota, malah beliau juga merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk yang terkenal. Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi tadi.

Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum. Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang. Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun,  jodoh mereka tidak kesampaian  apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.