Elly Mazlein, Kekasih Bertunang Disember Ini

Posted on

Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal, bulan lalu Elly Mazlein telah selamat dirisik oleh kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

Tidak menunggu lama, pada Disember ini, Elly bakal melangsungkan majlis pertunangannya. Menurut Elly, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan tertutup, bagaimanapun tarikh akan diumumkan tidak lama lagi.

“Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup. Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.

“Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan. Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah bakal tunangnya yang dikenali sebagai Azlan akan diperkenalkan pada hari pertunangan itu, Elly enggan mengulas lanjut dan masih merahsiakannya.

“Sama-sama kita nantikan,” katanya.

Difahamkan, selepas majlis bertunang akan ada tiga majlis lain yang akan menyusul iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi sekaligus melengkapkan lima majlis impiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.