Awal pagi ini, pelakon Emma Maembong yang mencetuskan sensasi sejak beberapa hari lalu apabila mendedahkan dia kini tidak lagi berhijab ada memuat naik dua keping foto bersama rakan artis, Heliza Helmi.
Pertemuan yang berlarutan sehingga jam 3.00 pagi itu pastinya memberi 1001 makna biat keduanya, apatah lagi Emma yang turut memberi coretan rasanya menerusi kapsyen terhadap foto berkenaan.
“Allah has already planned your life. If something goes wrong . It went wrong for a reason “ thank you kak @nurhelizahelmi for your time. Sampai 3am kita borak2. byk emma berlajar. Love you so much kakja,” tulisnya pada gambar yang dikongsi menerusi Instagram itu.
Lalu, netizen turut memberikan komen baik yang positif dan sebaliknya terhadap pertemuan keduanya.
Sementara itu Heliza Helmi turut berkongsi di IG Stories gambar bersama Emma dan mengharapkan segala yang baik di doakan untuk Emma
Apapun, kita doakan yang baik-baik buat Emma okay. Siapa kita untuk menghakimi selain hanya boleh memberikan nasihat.
Yang penting, teguran perlulah diberikan dalam cara yang baik, berhemah. Betul tak?
Foto: Instagram Emma Maembong via mediahiburan