“Kami Sekeluarga Tahu & Setuju Jemputan Tarian Itu”
Ibu kepada Ahya Rosli yang juga seorang pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri mengakui tahu tentang jemputan seorang lelaki menyerupai wanita yang berpakaian separuh bogel menari di majlis persandingan anaknya.
Bagaimanapun Normah enggan mengulas lanjut mengenai rakaman pondan menari lucah di hadapan tetamu ketika makan beradab pengantin berlangsung yang mulai viral semalam selepas dimuat naik.
“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita. Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,” katanya kepada Harian Metro.
Jelas Normah lagi, beliau tahu apa yang berlaku serta pengisian jadual dalam majlis persandingan anaknya. Malah segala jemputan termasuk tarian pondan itu dipersetujui oleh ahli keluarga.
Terdahulu beberapa siri rakaman tersebut mulai viral apabila kakak kepada Ahya, Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM memuat naik tarian terbabit di Instastory, yang sekaligus mengundang kecaman.
sumber : HARIAN METRO