Erra Fazira, Umie Aida Akhirnya Berdamai

Posted on

Tidak tahu apa permasalahan yang timbul antara Datin Sri Umie Aida dan Erra Fazira sehingga menjadi tanda tanya netizen, bagaimanapun perkengkataan anda kedua sahabat baik ini terlerai apabila mereka bersemuka bagi menjernihkan keadaan pada Jumaat lalu.

Menerusi Insta Story, Umie memuat naik video pertemuan mereka dan kelihatan mereka berdua saling berpelukan.

Umie turut memberitahu beliau enggan memanjangkan isu tersebut serta berharap netizen tidak lagi bercakap mengenai isu pergaduhannya dengan Erra.

“Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia (Erra). Ya Allah. Sekian terima kasih dan harap netizen tak bercakap isu ini lagi. Semoga kita semua di dalam rahmatNya, Amin.” tulisnya.

Terdahulu, Umie memuat naik beberapa perkongsian mengenai rasa sakit hatinya apabila dikhianati rakan karib sendiri. Erra kemudian memohon maaf dan mengakui telah banyak menyakiti hati dan mengecewakan rakannya itu sehingga kali ini sudah kali ketiga.

Baguslah hubungan sahabat baik ini sudah kembali pulih dan bermaafan sempena bulan Syawal yang mulia ini. Diharap hubungan baik mereka akan berkekalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.