Kecoh isu kontroversi pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang dikatakan bergaduh dengan seorang gadis di sebuah kelab malam baru-baru ini.
Berikutan isu terbabit, tular kisah yang mengatakan Fathia Latiff menunjukkan buah dadanya kepada gadis tersebut semasa pergaduhan itu berlaku.
Kami bagaimanapun mendapat penjelasan daripada Fathia sendiri mengenai isu yang memberi kesan mendalam kepada dirinya ini.
Fathia ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu menahu mengenai isu ini sehingga kakaknya menghantar posting Insta Story gadis berkenaan kepadanya.
“Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai isu ini sehinggalah kakak saya hantar status Insta story gadis itu kepada saya dan barulah saya tahu hal sebenar.
“Tambah mengejutkan lagi, ibu saya hadir untuk jumpa saya hanya untuk bertanya hal sebenar kepada saya dan ibu mana yang tidak terkejut bila anaknya dituduh tayang buah dada pada orang,” katanya ketika dihubungi.
Fathia bagaimanapun menafikan itu adalah dirinya yang dikatakan bergaduh di kelab malam dan menunjukkan buah dada.
“Apa yang dikatakan gadis tersebut itu adalah bukan saya dan bila masanya saya ke kelab malam pada tarikh itu sedangkan hanya berada di rumah dan tidak ke kelab malam.
“Sedih juga bila ada yang mengatakan itu adalah saya dan kawan saya, sejujurnya saya tidak pernah mengenali gadis tersebut dan mungkin beliau ada niat ingin menjatuhkan diri saya,” katanya.
Walaubagaimanapun, Fathia yang terkesan dengan fitnah yang agak melampau kepada dirinya itu memaafkan perlakuan gadis terbabit.
“Apa yang dia post sehingga memburukkan nama saya dan perbuatan ini agak melampau dan semestinya saya terasa disebabkan itu bukan saya.
“Tapi saya memaafkan apa yang dia dah buat sebab bukan saya untuk terus masa dan saya juga meminta maap kepada rakan saya yang turut sama terpalit dengan gosip ini.” tambahnya.