Feysen Pakai Tudung Tapi Baju Seksi Keterlaluan Nabila Huda Dikecam Netizen

Posted on

Sekarang ini berlangsungnya acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018. Setiap kali pertunjukan fesyen terbesar ini diadakan, sudah tentu fesyen dan gaya selebriti akan menjadi perhatian ramai.

Namun penampilan pelakon Nabila Huda yang mengenakan busana serba hitam dengan bertudung (scarf) mencetuskan sedikit kontroversi. Menerusi Instagram, Abil memuat naik gambarnya memakai busana tesebut beserta kepsyen mengatakan fesyen tersebut seperti zaman nenek kita dahulu.

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kepsyen tersebut dan ada yang mendakwa Abil seolah-olah mempersendakan agama. Namun Abil tidak hanya berdiam diri, sebaliknya dia membalas komen-komen netizen dengan sindiran pedas.

Namun ada yang memberikan nasihat secara berhemah dengan mengatakan tidak salah untuk berfesyen, namun sensitiviti agama perlu dijaga memandangkan setiap apa yang selebriti gayakan pasti akan menjadi ikutan ramai.

Mungkin bukan niat Abil untuk mempersendakan agama. Kalau diikutkan fesyen ‘headscarf’ ini sememangnya popular di negara barat. Bagaimanapun, mungkin Abil sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.