Kelmarin, heboh apabila keluar cerita yang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah meminta supaya segala kandungan yang ditayangkan menerusi platform Netflix ditapis dahulu sebelum ditayangkan kepada penonton di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS sendiri iaitu Ahmad Idham telah meluahkan pendapatnya mengenai hal itu di Twitter. Menurutnya, ramai ibu bapa yang bimbang dengan kandungan yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.
Kredit foto: Twitter
Pun begitu, ramai yang membangkang hasrat Ahmad Idham ini kerana platform Netflix sendiri mempunyai pilihan di mana ibu bapa boleh menetapkan kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak mereka.
Tak kurang juga, ramai netizen yang mengutuk pelakon veteran itu kerana sering mengeluarkan filem mengarut mengenai rempit dan bohsia. Jadinya, dia tidak layak untuk mengkritik kandungan yang dipaparkan di Netflix.
Kredit foto: Twitter
Punyalah ‘dalam’ kajian warga Twitter sehingga mereka dapat mengesan bahawa Ahmad Idham ada menyukai beberapa entri lucah dan tidak senonoh di laman sosial itu.
Kredit foto: Twitter
Lagilah netizen cerca niat lelaki itu yang kononnya mahu menyediakan medium tontonan yang selamat untuk kanak-kanak tetapi dia tidak bertindak sedemikian.
Sumber : Forum Cari