Semak Keputusan UPSR PASR 2019 Secara Online Dan SMS

Posted on

Cara semak result Keputusan UPSR PASR Online. Panduan buat calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Darjah 6) tahun 2019. Tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2019 akan diumumkan secara rasmi di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian pemberitahuan.

Kini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membangunkan aplikasi Laman Web yang memudahkan semua calon UPSR membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian (online). Pada tahun ini, peperiksaan UPSR 2019 telah diadakan pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September 2019 yang melibatkan sejumlah 445,641 calon yang berdaftar di seluruh pusat peperiksaan.

BACA :Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019 dan 2020 secara Online

Semakan Keputusan UPSR PASR 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi Semakan Keputusan UPSR 2019 secara Online dan SMS beserta mendapatkan dokumen Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR):

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR PASR 2019

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2019 bakal diumumkan pada 21 November 2019, hari Khamis mulai jam 10:00 pagi selain mendapatkan dokumen Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) melalui sekolah masing-masing.

Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan UPSR PASR 2019 secara online dan SMS:

A. Semakan Secara Online

1. Anda perlu layari ke laman web SPPAT secara online menerusi pautan seperti tertera dibawah:
KLIK šŸ‘‰Ā http://sppat.moe.gov.my/semakan/

2. MasukkanĀ No. Kad Pengenalan dan No. AngkaĀ GiliranĀ diruangan yang disediakan.

B. Semakan Melalui SMS

Taipkan:
UPSR<Angka Giliran> dan SMS keĀ 15888
Contoh:Ā UPSR KA050A50Ā dan Hantar keĀ 15888

Taipkan:
PASR<Angka Giliran> dan SMS keĀ 15888
Contoh:Ā PASRĀ KA050A50Ā dan Hantar keĀ 15888

Info Penting:
Perkhidmatan SMS untuk semakan keputusan UPSR 2019 akan dibuka mulai jam 10:09 pagi

Cara Mendapatkan Penyata PASR

Semua calon Tahun Enam boleh mendapatkan dokumen Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)Ā  serta slip Keputusan UPSR di sekolah masing-masing pada hari dan tarikh yang sama.

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR tahun 2019 secara online dan SMS!
Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2019!

Artikel lain :Empat Adik Beradik Yatim Piatu Hidup Kongsi Kisah Hidup Buat Netizn Menitiskan Airmata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.