Fuh! Modal Hanya RM3 Tapi Hasilnya 4 Bulan, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Tanam Cendawan

Posted on

Sebenarnya tak susah pun nak tanam sendiri cendawan tiram di rumah. Syaratnya, ikut cara yang betul. Menanam cendawan tiram bongkah ini telah dilakukan sendiri oleh wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer.

Dalam masa 11 hari, anda dah boleh tuai cendawan tiram dan nikmati hasilnya dengan anak-anak. Paling best cendawan tiram bongkah ini, boleh memberi hasil pada tuan rumah selama 4 bulan.

Cendawan tiram bongkah ini boleh anda beli di nurseri online, ataupun pengusaha cendawan yang ada di negara ini. Harganya berbeza ikut pengusaha. Tapi anda boleh dapatkan harga serendah RM3 untuk sebongkah cendawan tiram jika pandai mencarinya.

Sebaik Membeli Bongkah Cendawan Tiram

Letak bongkah di tempat jauh dari matahari, dingin dan tak terdedah secara terus dengan cahaya (saya letakkan dekat rak tinggi). Tegakkan selama 7 hari. Biar putih-putih di bahagian atas turun sampai bawah. Stopper (penutup) jangan dibuka.

Selepas 7 hari baringkan bongkah cendawan tiram, buka stopper dan balut dengan kain basah.

Korek sedikit tanah di bahagian depan dekat stopper tu dan renjis-renjiskan dengan air. Kain basah tu pastikan sentiasa lembap. Balutkan bongkah ni dengan penuh kasih sayang ya.

Selepas 3 ke 4 hari anak cendawan tiram ni akan keluar. Anda masih perlu membalut bongkah cendawan tiran dengan kain lembap.

Selepas 24 jam, cendawan tiram akan jadi sebesar ini dan boleh dituai. Cabut habis ya sampai ke akar. Renjis-renjis air depan tu, nanti dia keluar lagi cendawan yang baru.

Tip Wajib Follow

1. Ulang terus membalut bongkah cendawan dengan kain basah dalam tempoh 4 ke 5 bulan sampailah bongkah kecut.

2. Kalau nak buat bisnes sampingan pun boleh. Tapi beli dulu dua bongkah. Bila dah menjadi barulah boleh beli sepuluh terus.

3. Hasil satu bongkah tu bolehlah jual dekat jiran atau kawan-kawan. Jual RM5 setiap hasil bongkah pun dah berbaloi-baloi keuntungannya.

4. Ada bongkah yang dijual RM3. Ada juga bersaiz besar dengan nilaian RM5 (ini boleh google di Internet ya)

Sumber : mingguanwanita.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.