Koleksi Video Kesan Pencemaran Kimia Di Pasir Gudang Yang Menyayat Hati.

Posted on

Beberapa video  kesan pencemaran kimia di Pasir Gudang telah  tular di media sosial.  Kesan tragik bahan kimia tersebut kepada pelajar sekolah sangat menyayat hati. Kami mengumpulkan pautan-pautan video tersebut di bawah untuk tatapan pembaca.

Pencemaran Bahan Kimia Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Tindakan Kerajaan Negeri Johor

– Menubuhkan Jawatankuasa Kerja dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang diketuai Menteri Besar Johor yang akan menjalankan kerja-kerja menyelaras tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri.

– Melantik kontraktor (dilesenkan Jabatan Alam Sekitar) untuk membersihkan kawasan tercemar di Sg Kim Kim dan kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan semalam.

Tindakan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

– Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan 3 suspek yang terlibat dalam kejadian pencemaran Sg Kim Kim

– JAS telah pun menggerakka asetnya dari seluruh negara terutamanya alat pengesan gas dan 100 pegawainya dan lebih banyak aset kerajaan pusat akan tiba untuk membantu kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar oleh kontraktor.

– JAS telah selesai menyiasat suspek dan sample dari kawasan tercemar.

– JAS telah menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Suspek disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000.)

– Menteri MESTECC telah berbincang dengan Peguam Negara untuk mengenakan pertuduhan lebih berat kepada dalang pencemaran.

Tindakan Pejabat Peguam Negara

– Menerima kertas siasatan dari JAS dan akan memulakan pendakwaan ke atas suspek esok.

– Peguam Negara bersetuju dengan saranan Menteri MESTECC untuk mengenakan pertuduhan lebih berat dan akan mempertimbangkan mendakwa suspek di bawah Kanun Keseksaan selain dari Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Video Bawah : Sultan Johor murka, ambil tindakan mereka terlibat kes pembuangan sisa kimia

Tindakan Kementerian Pendidikan

– Mengarahkan untuk menambah penutupan sekolah dari 13 kepada 34 sekolah di Pasir Gudang.
– Guru-guru di sekolah terbabit tidak perlu bertugas.

*Ketika ini Mesyuarat Khas Bilik Gerakan Bencana, Pencemaran Sungai Kim-kim, Pasir Gudang, Johor Bahru yang turut disertai pegawai daerah dan semua agensi yang terlibat di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang sedang berlangsung.

Menteri Besar Johor (6.05 petang 13 Mac 2019)

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA (DARI MENTERI PENDIDIKAN)

ISU PENCEMARAN SISA KIMIA DI PASIR GUDANG – 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SERTA MERTA

Dr Maszlee melahirkan rasa sedih melihat murid, yang juga ahli keluarga Kementerian Pendidikan menerima bencana yang tidak boleh diterima.

Perbuatan sengaja mencemari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor hingga menyebabkan empat sekolah ditutup mengundang kemarahan Kementerian Pendidikan.

1. Saya difahamkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang melibatkan YAB Menteri Besar Johor sedang bersidang sekarang bersama-sama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri.

2. Semalam saya telah turun ke Pasir Gudang dan meluangkan masa hampir separuh hari melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail.

3. Saya juga ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih. Di sana saya menyaksikan lebih 50 pelajar dihantar oleh ambulans tanpa henti dari sekolah berdekatan kerana sesak nafas dan mengalami simptom yang sama dengan mangsa sebelum ini.

4. Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.

5. Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga. Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih bahaya.

6. Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.

7. KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
13 Mac 2019

(Video Bawah) Buang Sisa Kimia | Pemilik Kilang & Pekerja Ditahan

Pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Johor Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan dalam operasi khas semalam dan pagi tadi.

SENARAI TERKINI SEKOLAH YANG DIARAHKAN TUTUP PADA 13 MAC 2019

1. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

3. SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH

4. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

6. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

8. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3

9. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

10. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AMSAI

11. SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH

12. SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH*

13. SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH*

14. SEKOLAH KEBANGSAAN SCIENTEX

15. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MAWAR

16. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

17. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1

18. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

19. SEKOLAH SENI MALAYSIA

20. SEKOLAH MENENGAH SCIENTEX

21. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA

22. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR GUDANG 4

23. SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

24. SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

25. SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA MASAI

26. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

27. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2

28. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3

29. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2

30. SEKOLAH MENENGAH DATO’ PENGGAWA TIMUR

31. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3

32. SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

33. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PASIR GUDANG

34. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4

*SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH dan SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH merupakan sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor.

Sumber dari FB Dr Mazlee Malek dan Osman Sapian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.