Fynn Jamal Beri Amaran Pada Makcik Yang Suka Gomol Baby-Baby

Posted on

Bagi Ibu-Ibu yang mempunyai anak kecil (Baby) yang jenis sensitif dengan persekitaran, hari raya agak ‘menyeramkan’ bagi mereka. Maklumlah bertemu sanak saudara yang jarang sekali berjumpa memungkinkan pelbagai soalan menerjah kepada ibu ini. cth : “Alahaii geramnya pipi budak niii nak ciumm gigit jerr “

Ada yang sangat geramkan bayi yang comel, terus memeluk, mencium tanpa menyedari ia boleh membawa efek buruk kepada bayi tersebut. Yang lebih berani pula, terus menyuap bayi yang belum tumbuh gigi pun dengan kuih raya, alasannya nak bagi rasa. Fynn Jamal yang mempunyai anak kedua kini menulis di laman Instagramnya mengenai hal ini.

Ramai golongan ibu bersetuju dengan tulisan Fyn Jamal, kerana pernah mengalami situasi tersebut.

Maklumlah, sekarang ni macam-macam penyakit yang ada, bimbang juga terjangkit dengan anak mereka nanti.

Namun, ada juga makcik-makcik yang terlebih ‘peka’ dengan anak yang baru mereka jumpa dengan bertindak membelakangkan ibu bapa mereka.

Jika diteliti, ada betul juga tulisan Fyn kerana setiap anak-anak mempunyai tahap sensitiviti sendiri. Namun, untuk terus memberitahu kepada makcik-makcik yang tidak mempunyai akses kepada media sosial juga agak sukar sebenarnya. Cuma, diharapkan agar semuanya baik-baik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.