Jika anda salah seorang usahawan PKS kecil-kecilan yang sudah buat permohonan Geran Khas Prihatin, anda boleh buat semakan GKP untuk menyemak kelulusan.
Sedikit mengenai Geran Khas Prihatin
BACA : Semak Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dan Kadar Zakat 2020 Ikut Negeri
Geran Khas Prihatin (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Ini adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan kepada usahawan-usahawan ini yang terjejas teruk dek pandemik Coronavirus COVID-19.
Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja, dan ia berjumlah RM3,000.
Semakan Geran Khas Prihatin (GKP)
Cara buat semakan GKP
Masih belum dinyatakan, bila permohonan akan diproses. Tarikh untuk buat semakan juga belum lagi diumumkan.
Walau bagaimanapun, berikut ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) secara online.
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Jangan tersilap URL
- Link yang betul ialah https://gkp.hasil.gov.my dan bukan https://gpk.hasil.gov.my
- Jika anda belum daftar buat permohonan lagi, sila baca panduan untuk mohon dan login GKP terlebih dahulu
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
- Klik butang Kemaskini sekiranya anda mahu lakukan perubahan maklumat
- Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
- Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
- Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini. Semakan GKP juga tidak perlu.
- Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
- Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP. Tidak layak, maka tidak perlu buat rayuan dan semakan Geran Khas Prihatin lagi.
Cara kemaskini GKP
Seperti yang dinyatakan di atas, anda hanya perlu kemaskini GKP hanya jika ada perubahan maklumat.
Selepas Log Masuk, anda hanya perlu tekan butang Kemaskini.
Sila buat pindaan pada mana-mana bahagian yang perlu.
Login semula untuk lihat semakan GKP nanti.
Diharapkan agar perkongsian mengenai semakan GKP ini akan memberi kelegaan kepada semua peniaga kecil yang sudah memohon.
Bantuan RM3000 ini tidaklah banyak mana.
Jangan sesekali menganiaya pekerja dengan tidak membayar gaji.
Jangan pula tidak bayar pembekal dengan apa yang kita sudah ambil.
Berniagalah dengan jujur.
Bagi para usahawan yang tidak lulus permohonan, usah bersedih.
Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.