“Hobi dia suka bersolat di berlainan masjid setiap hari..”- Lelaki Gaya Rockers Dihalang Solat Di Masjid Gara-gara Penampilannya. Ramai Terkejut Saat Dia..

Posted on

Masih ingat peribahasa Inggeris ‘Don’t judge a book by it’s cover’? Meskipun dunia dah serba moden, masih ada lagi manusia yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain macam peribahasa kat atas tu.

Menerusi satu perkongsian Facebook, seorang lelaki telah dihalang daripada menunaikan solat dekat sebuah masjid gara-gara penampilannya yang tak macam orang lain dan membawa imej rockers.

Pernah viral dulu kerana jadi imam di surau Aman Central 

Terdahulu kalau korang mengikuti cerita-cerita viral, lelaki yang bernama Izzat atau lebih dikenali sebagai Kembang (sebab rambut dia kembang) ni pernah tular sebab dia menjadi imam dekat surau di Aman Central.

Pada mulanya ramai yang ragu-ragu sebab penampilan Izzat ni agak lain macam daripada orang lain. Tapi ternyata kita tak boleh judge iman seseorang daripada penampilannya  sebab bacaannya lancar dan tiada cacat celanya.

“Kembang ni memang seorang yang baik, dadah pun tak hisap, dia clean seclean cleannya” 

Menurut perkongsian terbaru di Facebook, Kembang ni boleh dikatakan seseorang yang baik walaupun gaya dia nampak macam rockers kental. Dia juga ada hobi suka bersolat di berlainan masjid setiap hari. Baik sungguh budaknya. Kita yang biasa-biasa ni pun tak terbuat.

“Ni hang pi sembahyang kat luaq, hang takleh join sebab hang pakai macam ni, pastu dengan rambut hang macam ni pulak…” 

Tapi biasalah kan manusia, suka membeza-bezakan manusia lain disebabkan penampilan dan paras rupa. Bukannya tengok dari hati dan keikhlasan mereka. Izzat yang nak bersolat di sebuah masjid dekat Johor tetiba kena halau dengan beberapa orang pakcik disebabkan penampilan rockers tersebut.

Doa yang baik baik sahaja

“Pakcik tua jenis macam nilah yang buat anak-anak muda tak nak pergi surau/masjid” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini tak bersetuju langsung dengan apa yang dilakukan pakcik-pakcik di masjid tersebut yang menghalang Izzat untuk bersolat di situ.

Kata mereka, judgemental dan sikap orang-orang macam ni lah yang buat anak muda tak mahu pergi ke masjid atau surau.

“Bagi aku bawak la imej yang elok nak masuk rumah Allah” 

Dalam pada yang menyokong, pasti ada juga yang memberi teguran. Beberapa orang netizen dilihat berbalah kerana ada yang cakap gaya yang dibawa Izzat ni tak sesuai untuk masuk ke masjid. Seeloknya pakailah baju kemas sikit kan?

Macam manapun, admin page yang viralkan kisah Izzat ni memberitahu bahawa lelaki ni baru saja belajar nak mengenali Tuhan. Jadi berilah dia masa dan peluang untuk berubah.

Apa pendapat anda? Bagi admin berilah dia peluang untuk solat di dalam masjid. Tak ada salah pun kalau kita benarkan. Lagi dapat pahala adalah. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page

Sumber : lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.