(VIDEO) Pasar Malam Kuala Krai : Solat Maghrib Jemaah & Suara Merdu Muazzin

Posted on

Seperti yang sudah kita maklum, Kelantan Darul Naim merupakan salah satu negeri yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan beragama Islam. Dengan populasi 95% daripada jumlah penduduknya adalah Melayu, menjadikan negeri sangat terpelihara dengan nilai, budaya dan syiar Islam.
Bahkan tidak hairan jika negeri ini sangat masyhur dengan jolokan Serambi Mekah.Jika bermudik di negeri,, maka terbentanglah bukti keIslamannya. Apa tidaknya, bangunannya semuanya bercorakkan Islam, rasa seperti di tanah Arab.

Di Kelantan banyak terdapat pondok-pondok pengajian agama tradisional dan pusat-pusat pengajian tahfiz al-Quran yang menjadil model bagi negeri-negeri lain yang sekarang sedang tersebar luas ke seluruh negara.

Kelantan adalah negeri yang mencetuskan idea sistem pengajian pusat tahfiz al-Quran yang sekarang menjadi contoh di negeri-negeri lain di dalam negara ini,
Kelantan juga telah berjaya melahirkan insan yang cemerlang dalam kerjaya dan pendidikan agama.

SOLAT JEMAAH DI PASAR MALAM : KUALA KRAI MENERAJUI PERUBAHAN

Jika disebut tentang Jajahan Kuala Krai, pasti ramai yang sudah mengetahu khususnya para perantau. Hal ini kerana Kuala Krai merupakan salah satu laluan utama untuk memasuki Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Merupakan Jajahan Kedua Terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi.

Bahkan Kuala Krai juga pernah masyhur dengan beberapa fenomena yang pernah melanda daerah ini hingga menjadi bualan perlbagai pihak. Antaranya fenomena Suhu Dingin pada Januari 2014 dan Bah Kuning pada Disember 2014.

Pun begitu Kuala Krai mempunyai keunikannya tersendiri. Jika anda datang ke Pasar Malam di daerah ini, pasti anda akan terasa pelik dan teruja. Hal ini kerana keunikan di sini ialah pasar malamnya akan “break” seketika tatkala masuk azan maghrib bagi memberikan laluan kepada para peniaga dan pengunjung untuk mengerjakan Solat Maghrib Berjemaah yang mungkin tidak berlaku ditempat yang lain.

KEUNIKAN PASAR MALAM CINA KUALA KRAI

Pasar Malam Cina merupakan antara Pasar Malam yang paling meriah di Kuala Krai. Mungkin sama kemeriahannya dengan Pasar Pagi Sabtu yang diadakan di Taman Sri Guchil. Beroperasi pada setiap hari Rabu bertempat di Bandar Kuala Krai, pasar malam ini berjaya menarik ribuan pengunjung bahkan akan sentiasa penuh sesak tidak kira pada hari biasa atau cuti sekolah.

BENTANG TIKAR DI TENGAH LALUAN PASAR MALAM

Bagi yang tidak biasa dengan situasi ini, ada yang terasa tiba-tiba terkejut. Kenapa tepat jam 7.00 penguatkuasa PBT tiba-tiba meniupkan wisel dan memberi isyarat kepada para peniaga menghentikan operasi. Seperti di Mekah, sebaik wisel ditiup, para peniaga akan menutup gerai-gerai mereka dan bergegas mengambil wuduk. Bahkan ada para pengunjung dan peniaga bersama-sama pihak berkuasa PBT untuk membuat persiapan tempat untuk solat Maghrib.
Dan 10 minit sebelum masuk waktu maghrib, masing-masing sibuk mengambil wuduk.

Ustaz Abdul Latif yang kini Ahli Parlimen Kuala Krai mengimamkan Solat Maghrib di Pasar Malam Cina

Pasar Malam Cina merupakan pencetus amalan Solat Maghrib berjemaah. Namun yang paling perhatian di sini apabila Solat Magrib berjemaah diimamkan sendiri oleh Pimpinan Tempatan; selain daripada Ketua Whip Majlis Daerah Kuala Krai, turut diimamkan oleh Ust Latif Abd Rahman yang juga kini adalah Ahli Parlimen Kuala Krai.

Pasar Malam Sri Guchil setiap Ahad bertempat di Tapak Pasar Borong, Sri Guchil

SUARA AZAN MERDU MUAZZIN MUDA JADI PERHATIAN ‘MADRASAH’ PASAR MALAM CINA

Paling mencuri perhatian adalah muazzinnya yang melaungkan azan yang merdu sehingga rakaman tersebut pernah tular di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya siapakah kanak-kanak tersebut?

Berikut adalah laungan azan merdu yang dilaungkan kanak-kanak tersebut

(LIHAT VIDEO) AZAN MERDU OLEH MUAZZIN CILIK DI PASAR MALAM CINA KUALA KRAI

Kanak-kanak ini bernama Arif Hanif. Merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Hashimi yang bertempat di Kg Tualang Kuala Krai. Selain melaungkan azan, dia dan rombongan pelajar Maahad nya berkunjung ke Pasar Malam untuk Program Street Dakwah.

Namun kini, kebanyakan Pasar-Pasar Malam seluruh Kelantan sudah memulakan langkah yang sama iaitu memberthentikan operasi seketika ketika untuk memberi laluan Solat Maghrib Berjemaah. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.