Ini identiti sebenar anak Malaysia yang mengalunkan Bacaan syahdu al-Quran di himpunan solidariti Christch urch .Berjaya memukau hadirin

Posted on

Perhimpunan solidariti tolak keben-cian Sabtu ini
KUALA LUMPUR: Perhimpunan soladariti demi kedamaian dan menolak kebencian susulan serangan dua masjid di Christ-church, New Zealand, Jumaat lalu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata program bermula jam 7.30 pagi itu dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Susulan kejadian sera-ngan di New Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosikan dan memastikan kedamaian sebagai jalan yang terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kedamaian Antara Kaum dan Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.

Mesyuarat dua jam itu turut disertai Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk R S Mohan Shan.

Mujahid berkata, program adalah adalah peluang terbaik masyarakat berbilang kaum dan agama berjumpa serta bersama menentang keganasan dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian.

“Ini perhimpunan masyarakat yang mahukan kedamaian dan menolak membalas dendam dan menghasut masyarakatnya membenci kaum lain.

“Program itu diisi dengan program seperti ceramah mempromosi budaya murni ‘jangan balas kebencian dengan kebencian’,” katanya.

Mengenai sasaran penyertaan, Mujahid berkata, setakat ini tiada sasaran ditetapkan, namun penganjur akan berusaha memastikan kehadiran yang ramai.

Berhubung mesyuarat berkenaan, beliau berkata ia adalah sebahagian hasrat untuk mengumpulkan ketua-ketua Persatuan Agama dan pertubuhan bukan kerajaan untuk merancakkan hubungan kedamaian dan agama di negara ini.

“Hasrat kita adalah untuk menyempurnakan aktiviti yang menjurus kepada kedamaian yang sudah dirancang pada tahun ini,” katanya.

Anak Malaysia yang mengalunkan Bacaan syahdu al-Quran

Sayu dan sebak mendengar bacaan beliau..Semoga hidayah Allah bertaut pada semua hati-hati yang mendengar..
Anak YB SAIFUL, ADUN Salor
Student dari Pasir Mas Salor membaca Al-Quran.
Anak YB SAIFUL, ADUN Salor, yang sedang menuntut di Univercity of Christchurch New Zealand.

VIDEO:

Berikut merupakan status dari fbYB Hj Saiful,S

Anakanda kepada YB Hj Saiful,Shahmi Aiman b Hj Saiful membacakan ayat2 suci Al Quran, buat ucapan dan membacakan doa diperhimpunan solidarity di Christchurch pg ni.Semoga Allah swt memberi keselamatan kepada mereka semua.

Reaksi pembaca:

“Alhamdulillah.. Allah nk ramai kan umat islam. Lagi di bumi. New Zealand… Insya Allah.. Inilah kesan selepas kejadian ini.. Walaupun kerja ini di. Lakukan oleh puak. Da jjal…”

“MasyaAllah, hebatkan anak ini”

“Alhamdulillah, Syukur…Sy share Ustaz”

sumber: bharian, fb YB Hj Saiful -ADUN SALOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.