“Boss Kiteeeee …. Malu Apa Bossku” Ayat ini dimana mana anda pergi mesti ada yang sebut. Tak kira dalam media sosial ke dekat luar ke mesti ada yang sebut.
Ayat Malu Apa Bossku dah macam jadi fenomena dalam Malaysia selepas Najib Razak ucapkan dalam salah satu video ketika dia hadir bertemu rakyat.
Selepas tular video tersebut, keluar satu lukisan karikatur Najib Razak menaiki Yamaha Y15zr dengan slogan Malu Apa Boss Ku. Ini pun tular sekelip mata.. Sehingga kan mereka merealisasikan dalam bentuk nyata dan Bekas Perdana Menteri kita yang dulu pun macam seronok.
Ayat ini menjadi tular dalam sekelip mata. Selepas itu seperti biasa, ramai yang ambil kesempatan menggunakan ayat itu untuk ‘dijual’.
Rata rata anda akan lihat sticker dan baju mula dijual. Publisiti Najib Razak hari ini lagi melonjak tinggi dari ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Tetapi Siapa Sebenar Pemilik Ayat #MaluApaBossKu?
Lelaki ini (bulatan merah dibawah) adalah yang mula mula menggunakan ayat Malu Apa Bossku. Beliau telah menggunakan ayat ini sebelum Najib Razak. Jadi malam ketika Najib Razak ungkapkan ayat ini, lelaki ini punya idea lah .. hahaha! terbaik bro ron.
Wajah seorang lelaki berambut panjang berswafoto bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan tagline ‘Malu Apa Bossku?’ tular dalam media sosial beberapa hari ini.
Setelah disiasat dan ditemubual, Maskulin mendapat tahu nama sebenarnya adalah Mohd. Nor Kharoni Kamisan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ron dan dia rupa-rupanya merupakan seorang ahli perniagaan.
Lebih menarik, dia adalah Pengarah Urusan ‘Lepaking’, tempat makan hipster yang berlokasi di Jalan Gombak.
Lepaking menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini dalam kalangan warga kota kerana dekorasi yang berasaskan kontena itu sangat unik dan rare.
Bertatih dari bawah
Kongsi Ron kepada wartawan Maskulin, dia mula membina pengalaman dan bekerja sebagai penjual burger serta char kuetiau sejak usia 19 tahun.
Kemudian menjengah usia 21 tahun pula, dia melibatkan diri dalam sebuah syarikat pembinaan selama tujuh tahun sehingga berusia 27 tahun.
Selepas itu, Ron membuka pusat perincian kereta dan motorsikal dan dari situlah berputiknya hasrat untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan lebih gigih.
Pernah hadapi kesukaran
Idea untuk membangunkan Lepaking ini sebenarnya sudah tercetus sejak tahun 2016 lagi dan ujar Ron, perancangan itu telah lengkap tersedia dengan kertas kerja dan sebagainya.
Oleh kerana kekurangan dana pada masa itu, hasratnya yang menggunung terpaksa disimpan buat seketika dan lebih menyakitkan pada tahun 2017, dia menghadapi krisis ekonomi.
Ujar Ron, tahun itu sangat malang baginya kerana itu pertama kali dalam hidupnya dia diuji dengan tidak memiliki sebarang pendapatan dan hanya memiliki sebuah motorsikal sahaja.
Itu pun sudah tamat tempoh cukai jalannya dan terpaksa dibawa ke sana ke mari demi mencari rezeki yang halal.