Intan Liana Ucap Tahniah Kepada Bekas Madu

Posted on

Hari ini menerusi Instagram, pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid mengumumkan berita gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Menjawab soalan daripada pengikutnya berkaitan berita kehamilan Izreen Azminda, bekas isteri pemuzik Ude iaitu Intan Liana mengucapkan tahniah kepada bekas madunya itu. Dalam pada, pengikutnya turut mendoakan kebahagiaan Intan.

“Alhamdulillah..tahniah ex madu. Hahaha InsyaAllah bonda pun berhak bahagia. Sekarang dalam perjalanan menuju ke jalan bahagia,” tulisnya.

Terdahulu, nama Intan menjadi perhatian umum apabila perkahwinan rahsia Ude bersama Izreen Azminda terbongkar.

Intan dan juga Ude sebelum ini berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, Ude menceraikan Intan Liana dengan talak satu selepas lima tahun berumahtangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.