Kehidupan berumah tangga ini banyak rencah dan asam garamnya.
Orang tua-tua kata, semakin lama usia perkahwinan, semakin banyak kekurangan pasangan yang terbongkar.
Semuanya atas pilihan sendiri bagaimana mahu ‘merawat’ kekurangan tersebut agar hubungan bahtera kehidupan yang dibawa belayar bersama kekal utuh dan tidak tenggelam dibongkah arus ujian.
Memetik satu kisah di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga baru-baru ini, muncul satu cerita tentang seorang isteri yang sedang mengandung berasa kecewa dengan sikap suaminya.
Wanita kan, sudah pasti fitrahnya sentiasa mahu dimanjai dan dibelai suami.
Namun keinginannya (baca: mengidam) untuk menyambut sambutan hari kelahiran tidak kesampaian, gara-gara suaminya yang jenis mungkin berhati ‘kering’ serta tidak memahami kehendaknya.
Mari baca perkongsian di bawah ini.
Teringin betul nasi ayam Hainan
Assalamualaikum admin dan followers KRT. Hye. Harini birthday saya, dah tua dah.. Betul laa, dari hari ke hari bila umur makin meningkat ni, mesti kita berharap akan ada sesuatu yang baik, hidup lebih diberkati, dirahmati, dan segalanya baik-baik buat diri sendiri, pasangan , keluarga dan orang sekeliling.
Kisah saya, saya mengandung. Anak kedua. Harini baru bukak buku. 12 minggu. Sengaja saya buka buku harini sebab senang saya nak ingat date 6/7 buka buku dan due date anak yang bakal lahir ni inshaAllah sama tarikh lahir suami. Doakan. Moga Allah makbul, saya dah boleh tenang dan senyum at least birthday suami nanti saya dah bagi zuriat buat dia.
Takde ape pon yang saya nak kisahkan kat sini. Cuma rasa nak pinjam bahu, telinga, tumpang rasa hati dan perasaan semua followers, yang saya sebenarnya mengidam sangat nak makan nasi ayam Hainan Chicken Rice Shop. Bukan saya tak boleh pergi beli dan makan sendiri. Ntah laa kenapa rasa mengada nak ajak suami.
Kononnya nak rasa seronok laa celebrate birthday. Tak dapat potong kek, dapat makan nasi ayam pon ya Allah syukur rahmat sangat. Tapi yelaa, bukan rezeki saya dapat suami macam drama Akasia, tak pernah dapat wish rasanya last pon masa bercinta dulu.
Apatah lagi hadiah, biar dari sekecil nilai gula-gula sampai laa semahal sejambak bunga. Bagi saya mahal laa bunga fresh jambak tu, sebab tak pernah dapat kan. Mesti mahal harga ni. Apatah lagi barang kemas. Saya cuma teringin nasi ayam tu je.. ituuuu jeee. Sumpah takde yang lain.
Sedih, kecewa, hampa sangat rasa. Bila saya WhatsApp suami dia cuma belanja ‘blue tick’, bila kat rumah saya tanya dia.. jadi tak belanja ayang nasi ayam. Dia cuma marah dan cakap saya tak faham bahasa. Kalau pasal duit, dia tak mampu nak belikan nasi ayam tu mustahil sangat.
Dia bukan tak berduit, makan dan lauk di rumah ni ada je. Semampunya ada. Tapi ntah laa kenapa, bila dengan anak isteri sendiri suami lokek sangat nak belanja makan di luar. Tapi kalau dengan kawan-kawan, open table hari-hari pon takpe.
Ok tu je nak luahkan. Mengada kan? Alaaa mengidam nasi ayam je pon, esok lusa pon ada lagi Chicken Rice Shop tu tak bankrup lagi. Perempuan ni kan complicated
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X
Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.
Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.
Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.
Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.
Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,
Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.
Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.