Isu Metana : Cuba Politikkan Isu, Netizen Serang Laman hingga Harakahdaily Tutup Komen

Posted on

KES keracunan gas kimia di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang sejak Khamis lalu membuka mata semua pihak bahawa pencemaran dari pembuangan sisa toksik bukan hanya boleh menjejaskan alam sekitar, bahkan berbahaya kepada manusia.

Hanya dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kejadian pertama pada 7 Mac lalu, lebih 300 m@ngsa terutamanya dalam kalangan pelajar di beberapa sekolah berhampiran Sungai Kim Kim terkesan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan 13 buah sekolah bermula Rabu bagi memastikan tiada m@ngsa baharu terkena tempias pencemaran bahan kimia tersebut.

Terbaru, hari ini, lima lagi sekolah diarah tutup, susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.

Tinjauan di sekitar kawasan yang terjejas mendapati perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan jumlah mangsa dilaporkan terus meningkat dan keadaan belum menunjukkan sebarang tanda akan reda.

Jika sebelum ini kandungan gas metana yang tinggi dalam udara dikatakan jadi punca keracunan,namun maklumat baru diterima bahawa bukan hanya gas tersebut yang menjadi faktor penyumbang.

Sumber memberitahu, terdapat beberapa bahan kimia atau toksik berbahaya yang terkandung di dalam air Sungai Kim Kim, termasuk hidrogen klorida, sulfur dioksida, benzena dan hidrogen sianida.

PEMUDA PAS SALAHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Dalam keadaan semua pihak bersedih dan kesal dengan apa yang berlaku, hari ini Pemuda PAS melalui Lajnah Alam Sekitar telah membuat kenyataan terbuka menyalahkan Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Wakilnya Nazman Che Iberahim dalam kenyataannya yang disiarkan di Laman Rasmi Akhbar Parti Islam tersebut iaitu harakahdaily.net pada hari ini (13 Mac 2019), mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan gagal membendung keresahan rakyat dan terbukti sangat lemah dalam menguruskan perkara ini.

“Malah, perkembangan yang berlaku menunjukkan kelemahan amat ketara khususnya Exco berkenaan iaitu Dr Sahruddin Jamal, seolah teraba-raba untuk menggerakkan tindakan operasi yang sepatutnya.” – Nazman Che Iberahim

NETIZEN KECAAM PEMUDA PAS CUBA POLITIKKAN ISU

Walaibagaimanapun, tindakan Pemuda PAS yang mengluarkan kenyataan media tersebut yang menggunakan Tajuk METANA : KERAJAAN JOHOR LEMAH DAN GAGAL yang mana secara terbuka menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan Johor telah menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan warganet dan netizen.
Ini kerana bagi mereka, Pemuda PAS dilihat seolah-olah cuba mempolitikkan isu tersebut dalam keadaan seluruh warga khsusunya rakyat negeri Johor sedang berduka dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Ini dapat dilihat apabila Laman Facebook Rasmi harakahdaily.net turut diser@ng teruk netizen yang tak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

KOMEN NETIZEN

“Semua benda nak dipolitikkan….aduhhh”,

komen netizen

Rata-rata Netizen dan Warganet tidak berpuas hati dan mengec@m kenyataan dan tajuk utama kenyataan dikeluarkan oleh pihak PAS dan harakahdaily.

“…Rasanya tak sesuai tohmaahan ini, apa yang perlu kita buat sekarang adalah adakan satu program sembahyang hajat doakan semua rakyat Pasir Gudang selamat dan manngsa pulih seperti sedia kala…”, tulis seorang netizen

HARAKAHDAILY TUTUP RUANGAN KOMEN?

Selepas tindakan netizen menyeraang dengan hebat, Akhirnya pihak Harakahdaily.net didapati telah menutup ruangan komen di Halaman tersebut. Bahkan semua posting di laman tersebut gagal untuk memasukkan komen atau “reaction” sebagaimana sebelum ini.


FOTO : Laman FB Harakahdaily Kini Hanya Ada Butang Share dan Ruangan Komen Ditutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.