Anda mungkin penggemar makanan sudah diproses/sejuk beku seperti nugget ayam, daging burger, kentang ataupun jejari ketam. Ada yang menggemarinya jika disediakan sebagai hidangan bergoreng, ada juga yang suka dijadikan sup dan tak kurang menikmatinya sebagai makanan steamboat.
Tetapi kali ini yang kami mahu kongsikan dengan anda adalah berkenaan dengan jejari ketam. Betulkah jejari ketam yang kami dan anda makan sebelum ini sememangnya dihasilkan daripada isi ketam yang sebenar sesuai dengan namanya?
Ada Ketam Ke Dalam Jejari Ketam?
Bagaimanapun menurut Science Insider, isi ketam langsung tidak digunakan ketika proses penghasilan jejari ketam yang digemari ramai ini.
Sebaliknya, ia dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock. Untuk menghasilkan jejari ketam, surimi akan dicampurkan dengan gula, kanji, putih telur dan satu-satunya bahan yang ada kena-mengena dengan ketam hanyalah perisa ketam.
Sebab itulah jejari ketam dijual pada harga yang murah berbanding isi ketam sebenar kerana jejari ketam tersebut hampir tiada kena-mengena dengan ketam pun.
Selain itu, jejari ketam tidak mempunyai khasiat seperti ketam sebenar. Nutrisi seperti protein menunjukkan perbezaan yang sangat berbeza. Dua perbezaan yang ketara, jejari ketam mengandungi karbohidrat dan gula yang jauh lebih tinggi berbanding isi ketam sebenar.
Tapi itulah, jejari ketam itu sedap.
Sumber: Sciene Insider via Siakap Keli