Joy Revfa Nafi Sekat Suami Di Instagram Elak Tengok Gambar Seksi

Posted on

Baru-baru ini dikhabarkan teruk Hafiz Hamidun menjadi sasaran kecaman peminat disebabkan gambar seksi isteri ( Joy Revfa ) tersebar. Malah dalam satu laporan, Hafiz ada memberitahu isterinya telah menyekat dirinya di akaun Instagram hingga beliau tidak dapat melihat gambar yang dikongsi.

“Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut. Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya”

Bagaimanapun berbeza kenyataan pula dikeluarkan isterinya, Joy Revfa di Facebook yang mengamuk kerana dituduh menyekat suaminya sendiri di Instagram. Menurut Joy, beliau tidak pernah menyekat suaminya dan menegaskan bakal saman pihak yang menfitnahnya itu.

Terdahulu Joy ada memuat naik sekeping gambar bagi mempromosikan produk kecantikannya. Namun gambar itu menerima kritikan ramai kerana mendedahkan sebahagian dadanya walaupun memakai anak baju didalam. Ramai berpendapat imej itu tidak bersesuaian dengan beliau yang bertudung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.