Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang usahawan kosmetik, Nur Sajat. Jika anda mengikuti perkembangan usahawan popular ini, beberapa hari lalu, Sajat ada memuat naik beberapa foto dan video percutiannya ke Lebanon.
Difahamkan Sajat ke sana untuk menjalani pengambaran bagi produk keluarannya. Bagaimanapun posting terbarunya itu menjadi buah mulut orang ramai terutama sekali fotonya yang mengenakan bikini sambil menikmati pemandangan di atas bot.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan dihujani dengan komen berbaur nakal.
Walaupun ramai yang memuji kecantikan dan bentuk badan jutawan kosmetik ini, seperti biasa, apa sahaja yang dimuat naik oleh Sajat pasti akan mengundang kecaman netizen. Tidak kurang juga ada netizen menyatakan jika benar dia seorang wanita Islam, tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyifatkan Sajat tidak mempunyai rasa hormat dan sensiviti kerana memuat naik gambar tersebut sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul.