“Kalau Saya Jadi Dia, Buat Biasa Saja, Tak Perlu Tukar Flight”- Neelofa

Posted on

Kalau sebelum ini Fattah Amin sanggup menukar penerbangan kerana enggan satu pesawat bersama Neelofa ketika becuti baru-baru ini. Neelofa pula berkata sebaliknya, menurutnya beliau tidak perlu berbuat begitu kerana masing-masing boleh berlagak seolah tiada apa pernah berlaku.

BACA“Saya Tak Sedap Hati Naik Satu Pesawat Dengan Neelofa”

“Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa. Saya sesekali tidak menyangka menaiki pesawat yang sama ke lokasi yang sama dengan pelakon itu. Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu check-in dan sekali lagi di boarding area”

“Bila pula saya lari? Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja. Tidak timbul soal sengaja timbulkan babak atau sebarang drama atau apa, semuanya di luar jangkaan dan saya hanya teruskan perjalanan seperti biasa,” jelasnya kepada m Star Online.

Dalam masa yang sama, Neelofa turut meluahkan rasa terkilan apabila isu terbabit diperbesarkan sehingga ada yang mendakwa kejadian itu sengaja ditimbulkan. Terdahulu, kecoh sebentar apabila peminat menyedari Fattah dan Fazura sedang bercuti di tempat yang sama Neelofa bercuti.

Pelbagai teori dikeluarkan oleh peminat fanatik masing-masing. Lebih panas lagi apabila Fattah mengakui dirinya sengaja menukar penerbangan apabila mendapat tahu Neelofa dalam satu penerbangan dengannya. Rumit juga nampak gayanya kisah mereka bertiga ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.